Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Dibebani Lonjakan Kluster...

KUALA LUMPUR - Gelombang Ketiga pandemik Covid-19 yang membadai Malaysia sejak 20 September...

Sudah Tertutup Hati, Elly...

PENYANYI Elly Mazlein menyatakan pendiriannya yang tidak akan kembali semula memasuki pertandingan nyanyian...

Kematian COVID-19 Meningkat, Mayat...

KUALA LUMPUR - Kadar korban akibat COVID-19 yang tinggi di Malaysia, akhir-akhir ini,...

Terengganu Catat 1,171 Kes...

SETIU - Sebanyak 1,171 kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh Terengganu sehingga...

P. Pinang Catat Pelaburan RM1 Bilion Suku Pertama 2018

GEORGE TOWN – Pulau Pinang mencatat rekod pelaburan yang memberangsangkan dengan menarik pelaburan sebanyak RM1 bilion bagi suku pertama tahun ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pada tahun lepas, pelaburan asing menyumbang RM580 juta manakala pelaburan domestik mencatat RM439 juta.

“Dengan rekod pelaburan bagi tahun ini menunjukkan prestasi baik, Pulau Pinang akan terus meningkatkan usaha promosi pelaburan baharu dan pelaburan semula walaupun berdepan dengan cabaran di peringkat global,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata antara perkembangan global dipantau rapi kini ialah isu tarif Amerika Syarikat-China yang jika berterusan mungkin mengakibatkan kelembapan ekonomi dunia.

Chow berkata Pulau Pinang menjadi negeri yang mencatat pelaburan asing pembuatan paling tinggi di Malaysia pada tahun lepas dengan RM8.5 bilion pelaburan asing dan RM2.3 bilion pelaburan domestik.

“Jumlah pelaburan pembuatan yang diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berjumlah RM10.8 bilion tahun lepas, menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri dengan jumlah pelaburan pembuatan kedua tertinggi di Malaysia,” katanya.

Chow berkata Pulau Pinang akan terus meningkatkan sinergi dan kerjasama yang lebih erat antara agensi-agensi persekutuan dan negeri dalam mempromosi pelaburan negeri.


“Ini termasuklah dalam aktiviti penyatuan polisi pelaburan, promosi pelaburan secara bersama dan perkongsian maklumat bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan mengurangkan pembaziran,” katanya.

Beliau berkata terdapat juga keperluan untuk meneruskan bidang pelaburan bagi meningkatkan kualiti pembangunan luar bandar, memelihara persekitaran, menarik bakat-bakat baharu dan meningkatkan bidang pengetahuan serta industri kreatif.

“Kerajaan negeri percaya bidang pelaburan seharusnya tidak boleh berjalan sendirian tetapi perlu mengambil kira perkembangan global semasa, ekonomi serantau dan sistem pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata Pulau Pinang akan terus berkembang dan membina reputasinya sebagai pusat kecemerlangan untuk menarik bakat-bakat terbaik selaras dengan Revolusi Industri 4.0. – BERNAMA

Kategori