Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

FAM Tubuh Badan Khas...

KELANA JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menubuhkan satu badan khas...

Periuk Api Perang Dunia...

SEREMBAN - Sebuah periuk api yang dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di...

Indonesia Digesa Tidak Laksana...

SYDNEY – Para pemimpin agama di Australia menggesa pemerintah Indonesia supaya menunjukkan belas...

“Fizo Telefon Ayah Minta...

KUALA LUMPUR - Penyampai berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, mengakui...

Nurul Izzah Bercadang Hendak Saman PDRM

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang dibebaskan daripada tahanan polis tengah hari ini mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak polis kerana didakwa menahannya di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, penahanannya itu tidak berlandaskan undang-undang, tidak wajar, berniat jahat dan merupakan satu penghinaan ke atas institusi Parlimen negara ini.

“Saya akan berbincang dengan peguam berhubung penahanan ini. Penahanan ini mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tahanan politik dan mempunyai niat tersembunyi untuk menjadikan saya tahanan politik yang seterusnya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nurul Izzah ditahan polis semalam bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya dalam sidang Dewan Rakyat Selasa lalu yang berbaur hasutan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dipetik berkata, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditahan pada pukul 3.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ia berikutan bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah berhubung ucapan yang dibuat dengan mengkritik keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan kes liwat bapanya, Anwar pada 10 Februari lalu.

Menurut Zulkifli, kenyataan tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang sarat dengan penghinaan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori