Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 3,000 Doktor Kontrak...

Kuala Lumpur : Sekumpulan doktor kontrak berkata, lebih 3,000 daripada mereka yang berkerja...

Bawa Senjata Untuk Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Ramai yang menyangka menyimpan atau membawa senjata seperti pisau kecil...

Imigresen Siasat Dakwaan Kes...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan serta-merta dengan menjalankan siasatan dalaman...

Kena Gangguan Seksual Semasa...

SEORANG pengacara program di televisyen di Mexico, Tania Reza, telah meninggalkan rancangan berkenaan...

Nik Omar Tak Berpengaruh Seperti Tok Guru

KOTA BHARU – Pencalonan Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk bertanding atas tiket PKR-Amanah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan memberi kesan besar kepada PAS.

Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata ini kerana PAS berpandangan Nik Omar yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, tidak mempunyai pengaruh seperti bapanya.

“Kita yakin kerusi DUN Chempaka tetap kubu kuat PAS dan kita tak nampak dia (Nik Omar) bawa pengaruh arwah (Nik Abdul Aziz) kerana di akhir hayat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) cakap cukup jelas jangan siapa-siapa buat kacau dengan kerajaan ini (kerajaan Kelantan pimpinan PAS).

“Jadi saya rasa mana-mana pihak yang ambil pengaruh yang bertentangan dengan nasihat arwah Tok Guru ini tak boleh pergi jauh,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Perhubungan PAS Kelantan di sini hari ini.

Semalam, PAS memecat keanggotaan Nik Omar kerana bertanding sebagai calon PKR-Amanah di DUN Chempaka yang merupakan kubu kuat PAS yang pernah diwakili Allahyarham Nik Abdul Aziz sejak sekian lama.

Nik Omar terlibat dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Chempaka dengan Mohamed Fareez Noor Amran yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad, yang mewakili PAS.


Ditanya mengenai strategi yang akan digunakan PAS untuk mempertahankan kerusi DUN Chempaka, Che Abdullah berkata parti itu akan menggunakan pendekatan demokrasi dan akan bertanding secara sihat dengan mengemukakan tawaran terbaik kepada pengundi di kawasan itu.

“Terpulang kepada pengundi untuk memilih calon mana yang lebih baik tapi kita tidak akan menghina calon lawan dan tidak akan mengaitkan dengan sebarang hubungan keluarga (terutama apabila berhadapan Nik Omar),” katanya. – BERNAMA

Kategori