Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kastam Kedah Rampas Methamphetamine...

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menahan seorang suri...

Kubur Bekas CEO Cradle...

KUALA LUMPUR - Kubur bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd...

DAP Didakwa Punca Penularan...

KUALA LUMPUR - DAP didakwa menjadi punca kepada penularan budaya menyebar fitnah di...

PKPD Bersihkan 3,500 PATI...

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 3,500 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sebelum ini...

Nik Aziz Banyak Mencorak Politik Negara – Anggota Kabinet

PUTRAJAYA – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah banyak mencorakkan lanskap politik negara dan kehilangannya meninggalkan satu kelompongan besar, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau, yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS itu adalah seorang tokoh politik dan agama yang telah banyak mempengaruhi pelbagai peringkat masyarakat terutama orang muda.

“Ramai pengikut Allahyarham adalah orang muda dan saya sebagai orang muda dalam UMNO menghormati beliau sebagai seorang tokoh politik.

“Sudah pasti pemergiannya walaupun berbeza dari segi ideologi politik adalah satu kehilangan besar kepada negara. Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham terutama kepada anaknya Nik Mohamad Abduh yang saya kenal,” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian ‘Onboarding Session’ Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, hari ini,

Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan pada pukul 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.


Allahyarham dirawat di hospital itu sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata beliau menghormati Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang bersandarkan kepada nilai-nilai yang boleh dikongsi bersama walaupun terdapat perbezaan ideologi politik.

“Saya sedih kita kehilangan seorang tokoh yang telah banyak mencorakkan politik negara kita.

“Dari segi politik kami tidak bersama tetapi pemergian beliau memberi peringatan kepada kita semua bahawa personaliti itu merupakan sesuatu yang sementara dan kita semua akan pergi suatu hari nanti,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori