Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Butt: MU Cari Pemain...

NICKY Butt menyatakan bahawa bekas pasukannya, Manchester United, kini sedang berusaha keras untuk...

Airbus Tawarkan Pesawat Peninjau...

KUALA LUMPUR - Airbus Defence and Space menawarkan pesawat peninjau C295 untuk rondaan...

PKR Siasat Ketua Cabang...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengambil tindakan disiplin ke atas...

Wanita Maut Ditikam Anak...

KUANTAN - Seorang wanita maut dipercayai akibat ditikam pada bahagian kiri leher oleh...

NGO Gerakan Ustaz Muda Di Kelantan

TUMPAT – Ketika berada di dalam kumpulan 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) kelihatan kelibat empat orang lelaki memakai jubah berada di dalam kelompok penyokong BN.

Di jubah mereka tertera perkataan “Ummati” yang dalam Bahasa Arab bermaksud umatku.

Pertanyaan kami siapakah mereka dijawab dengen memperkenalkan diri mereka sebagai Gerakan Ustaz Muda (UMATTI) yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang fungsinya memberikan penjelasan kepada rakyat Kelantan berkenaan apa sebenarnya parti PAS.

Mursyidul Am UMATTI Wan Tarmimi Wan Bakar berkata kepada Mynewshub.cc penjelasan kepada rakyat perlu untuk mendedahkan penyelewengan dan penipuan oleh PAS padahal mereka mendakwa parti mereka parti Islam.

“Kita sebenarnya di bawah NGO, kita sentiasa konsisten dengan UMNO dan BN.. Kita merasakan kita perlu memberikan penjelasan kepada rakyat tentang penipuan yang telah dibuat oleh PAS yang mendakwa mereka adalah parti Islam.

“Kita perlu faham Islam itu adalah ad-Deen (agama) parti itu adalah politik. Mereka (PAS) cuba mengelirukan rakyat dengan berani memberikan tawaran syurga kepada orang yang mengundi PAS dan ini jelas menyimpang,” katanya.

Menurut beliau, golongan dalam PAS tidak mementingkan nilai agama sebaliknya meletakkan Islam setaraf dengan parti yang bermotifkan politik.

Wan Tarmimi berkata mereka melihat UMNO dan BN sebuah parti yang mendokong Islam.

Mengulas ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis Dialog dan Penjelasan Isu Terkini di Rusila, Marang Terengganu sebelum ini, beliau berkata sepanjang pemerintahan PAS, sebenarnya parti itu gagal dalam pentadbiran biarpun sudah lama mentadbir.

“Kita lihat sendiri, sepanjang pemerintahan PAS hampir 30 tahun di Kelantan, berapa buah masjid dia (PAS) buat? dalam soal kebajikan rakyat, bagaimana krisis air di Kelantan? Bagaimana isu tanah di Kelantan?


“Ini semua berkaitan Maqasidd Syari’ah, yang mana PAS tidak menjaga ini semua tetapi mereka bercakap seolah mereka juara dalam membantu rakyat, sebenarnya hakikatnya tidak sebegitu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa dari penerangan yang dilakukan kepada rakyat, UMATTI dapat melihat sokongan kepada BN yang sudah mula kelihatan hadir dari pada penyokong PAS yang selama ini setia tetapi kini kembali setelah diberikan penjelasan.

“Hasil dari penjelasan, kita melihat gerakan kita mula mendapatkan sokongan, tidak kiralah sama ada dari golongan veteran, orang muda kerana bersama UMATTI kita ada pelbagai latar belakang.

“Ada yang di dalam UMATTI datang dari sekolah pondok, ada dari universiti dan kini kita sudah mempunyai ahli kira-kira 100 orang,” katanya.

Difahamkan UMATTI sudah bergerak lama cuma penubuhan NGO itu dimulakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk memberi sokongan penuh kepada BN dan UMNO dalam usaha mendapatkan semula Kelantan kepada BN.

Wan Tarmimi berkata pemimpin UMNO Kelantan seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed turut menyokong perjuangan mereka dan sentiasa berbincang dengan pihak UMATTI berkaitan keadaan semasa di negeri Kelantan.

Adakah ini petanda bahawa legasi PAS akan berakhir di negeri Cik Siti Wan Kembang itu? – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori