Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Jual Aset Negara...

KUALA LUMPUR - Jangan jadikan bajet sebagai peluang memulihkan sokongan rakyat yang telah...

Rompak Berkumpulan & Menyamar...

KUALA LUMPUR – Dua sahabat hari ini masing-masing dihukum penjara empat tahun dan...

Perjalanan Malaysia Dalam Sampul...

KUALA LUMPUR - Menyoroti setiap peristiwa menarik dan bersejarah yang dilalui negara menerusi...

6 Sekeluarga Maut Ditembak...

KUALA LUMPUR - Enam sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut dipercayai ditembak di perairan...

Nasrudin Nafi Sediakan Tiket Bola Free Untuk Penyokong Pahang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menafikan beliau menawarkan tiket percuma dan menyediakan pengangkutan percuma kepada penyokong Pahang ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2014.

Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Azamuddin Azim kerana menyebarkan perkara itu melalui media sosial pada 29 Oktober lalu.

“Sejak semalam saya dihujani panggilan telefon, mesej dan WhatsApp yang tidak putus-putus dari sekitar Temerloh, Pahang dan luar mahukan tiket percuma berkenaan.

“Fitnah ini bukanlah kali pertama disiarkan individu berkenaan. Pada 25 Jun lalu juga pemilik akaun tersebut telah menggunakan kaedah yang sama mengiklankan kononnya Ahli Parlimen Temerloh akan mengagihkan benih ikan sangkar dan turut memaparkan nombor telefon saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh hari ini.


Nasrudin turut meminta bahagian jenayah komersial polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

“Kita tidak ada kuota tiket perlawanan antara Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT). Saya percaya individu itu berniat menjatuhkan reputasi saya sebagai Ahli Parlimen,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori