Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Guan Eng Letak Jawatan?...

Pendirian DAP adalah untuk menunggu keputusan mahkamah sebelum membuat keputusan berhubung nasib pengerusinya...

Sarawak Bertemu JDT Tanpa...

KUCHING – Pasukan Ngap Sayot bakal berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa...

Belum Terlewat Ubah Keputusan...

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor dikatakan masih belum terlewat untuk melaksanakan semula...

Potensi Besar Perluasan Kerjasama...

LONDON - Malaysia dan United Kingdom memiliki potensi besar menjalin kerjasama dua hala...

Nasib Dua ADUN PAS Khianat, Diketahui Hari Ini

Nasib dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang bertindak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor akan diketahui hari ini.

ADUN berkenaan ialah ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin.

Mereka menandatangani satu akuan bersumpah (SD) yang mengatakan mereka menyokong Dr Wan Azizah untuk dilantik bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

[BACANik Abduh Anggap 2 ADUN PAS Sokong Wan Azizah Pengkhianat]

The Malaysian Insider melaporkan kes mereka akan dibentangkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan di Ibu Pejabat PAS di ibu negara.

Menurut Mustafa, kes Saari dan Hasnul tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin PAS kerana Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai bidang kuasa tersendiri untuk membuat keputusan berhubung tindakan disiplin ahlinya.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hassan Mohd Ali pernah dipecat daripada parti melalui mesyuarat PAS Pusat sahaja.


Pada 29 September, kedua-dua ADUN itu dipanggil untuk bertemu Mustafa dan Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan sebagai permulaan prosiding tindakan disiplin ke atas mereka.

“Segala butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat nanti.

“Bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana,” katanya Mustafa dalam laporan akhbar rasmi PAS, Harakahdaily semalam.

Kedua-duanya sebelum ini bersama 28 orang ADUN Pakatan Rakyat dengan SD berkenaan menyokong Dr Wan Azizah untuk kerusi Menteri Besar berkenaan. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori