Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

RON97, RON95 Naik 1...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol bagi RON97 dan RON95 naik satu sen seliter...

Hujan Berterusan: Jawatankuasa Pengurusan...

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta Daerah di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan,...

Kerajaan Sedia Pinda Akta...

BERA – Kerajaan bersedia meminda Akta Hasutan dan undang-undang lain yang sedia ada...

Petugas Malindo Cedera Troli...

KUALA LUMPUR - Seorang petugas Malindo Air cedera apabila troli bagasi yang sedang...

Najib Ucap Tahniah Kepada Muhyiddin Kerana Terima Menantu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengucapkan tahniah kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pernikahan anak perempuannya Najwa, hari ini.

Najib menzahirkan ucapan tersebut kepada Muhyiddin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abd Rahman melalui akaun Facebook dan Twitternya @NajibRazak, malam tadi.

pm

“Baru sahaja nikahkan anak saya minggu lalu, kini giliran Tan Sri Muhyiddin Yassin pula.

“Alhamdulillah, ijab kabul anak perempuan Muhyiddin Yassin selamat disempurnakan hari ini. Saya dan isteri ucap tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, semoga perkahwinan ini dilimpahi rahmat Allah SWT,” katanya.


Najwa, 28, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui, 29, di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Sri Satria di sini hari ini.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh Muhyiddin pada majlis yang berlangsung pada 11.40 pagi tadi, di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori