Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nenek, Cucu Maut Terkena...

TRAGIS dan memilukan.. seorang nenek dan cucunya maut akibat terkena renjatan elektrik semasa berada...

Pengundian Awal Pilihan Raya...

KUCHING - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) selesai...

Kerajaan Tambah Baik Rumah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semua...

Johari Abdul Yang Dipertua...

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul diangkat...

Difitnah… Najib Saman Harakah Demi Nama Baik Keluarga

SRI AMAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas lidah rasmi PAS, Harakahdaily demi mempertahankan nama baik keluarganya. 

“Kerana mereka telah memfitnah (keluarga saya), saya terpaksa menyaman mereka atau menggesa mereka menarik balik apa yang mereka telah katakan dalam Harakah,” kata Najib kepada pemberita di sini, Jumaat. 

“Apa yang dilaporkan dalam Harakah merupakan fitnah dan tidak benar semata-mata. Mereka tidak menunjukkan bukti. Oleh itu, saya mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan keluarga saya,” tambahnya. 

Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan. 

Baru-baru ini Harakahdaily telah menyiarkan artikel mengenai 1MDB dan Riza Aziz yang merupakan anak tiri Najib. 

Difahamkan Najib telah mengarahkan firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak untuk menghantar notis menuntut pengarah urusan Harakahdaily, Dr Rosli Yaakop menarik balik artikel dan menerbitkan satu permohonan maaf tanpa syarat secara bertulis.

Artikel berkenaan adalah komentar yang ditulis berdasarkan artikel diterbitkan oleh New York Times pada awal bulan ini. 

Najib bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pembinaan Hospital Pakar Sri Aman. 

Hospital bernilai RM150 juta yang mempunyai 108 katil itu dilancarkan pada 2011 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2018.  – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori