Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cukai Barang Bernilai Tinggi...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi...

Parlimen: Malaysia Belum Putuskan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih belum memutuskan sama ada Malaysia akan meratifikasi Perjanjian...

Tertuduh Ketiga Kes Bunuh...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan...

Mel Gibson Teruja Bakal...

PELAKON veteran antarabangsa, Mel Gibson dikhabarkan bakal menyambut ahli baru dalam keluarganya apabila...

Najib Mohon Tarik Balik Saman Terhadap Tony Pua

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk menarik balik kes samannya terhadap Anggota Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee berhubung klip video membabitkan pembentangan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata, bagaimanapun Pua yang diwakili peguam Tan Ch’eng Leong membantah permohonan Najib untuk menarik balik saman itu atas alasan Pua telah mendapat kebenaran untuk merayu daripada Mahkamah Persekutuan berhubung perintah injunksi yang diperoleh Najib dalam kes saman itu.

Mohd Hafarizam memberitahu pemberita bahawa oleh itu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan 26 Julai untuk hujahan sama ada pihak defendan (Pua) boleh membantah permohonan Najib untuk menarik balik saman itu.

“Najib mahu menarik balik saman itu tetapi defendan membantah kepada permohonan menarik balik saman itu. Jadi bolehkah defendan menghalang kami manarik balik (saman) atau tidak,” katanya sambil menambah tidak pernah diketahui beliau ada defendan yang membantah permohonan plaintif untuk menarik balik saman.

Beliau berkata tarikh pendengaran bagi rayuan Pua di Mahkamah Persekutuan itu masih belum ditetapkan

Pua dalam rayuannya mempersoalkan mengenai notis kehakiman Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa Najib tidak melakukan kesalahan membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan notis kehakiman itu dipersoalkan kerana ia membabitkan kepentingan awam dan boleh menjejaskan kes saman yang lain.

Pada 14 Feb lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Pua untuk membatalkan injunksi sementara diperoleh Najib yang melarangnya (Pua) daripada terus menerbitkan kenyataan dan klip video fitnah terhadap bekas perdana menteri itu, mengambil kira notis kehakiman berhubung kedudukan Najib dalam kes 1MDB.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu berkata mahkamah berpendapat dan mengambil kira notis kehakiman bahawa secara faktanya Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam isu membabitkan 1MDB dan mengambil maklum bahawa keseluruhan isu berkenaan telah diteliti dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


Menurut panel itu, siasatan turut dilakukan oleh SPRM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara (AGC), yang keputusannya diumumkan kepada orang ramai oleh AGC bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung dakwaan berkaitan 1MDB.

Pada 4 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Najib untuk mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang Pua daripada terus menerbitkan kenyataan dan klip video yang didakwa memfitnahnya (Najib).

Pada 21 April 2017, Najib atas kapasiti peribadinya menyaman Pua atas dakwaan memfitnah berhubung kenyataan Pua dalam “live video” berkaitan pembentangan Rang Undang Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355.

Dalam pernyataan tuntutan, Najib mendakwa Pua telah membuat satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlimen pada 6 April 2017, yang telah dirakam dan dimuat naik oleh defendan dan/atau ejen-ejennya dalam Facebook rasminya ‘Tony Pua’ serta mendakwa klip video berdurasi dua minit dan 21 saat itu bertajuk “BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill”, boleh diakses dan ditonton secara meluas dan mudah di internet.

Dakwanya, kenyataan dalam ‘live video’ itu mengandungi perkataan yang merujuk secara spesifik kepadanya dan membawa maksud bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa dengan memberi arahan melalui Kabinet kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat agar memberi laluan kepada Anggota Parlimen Marang untuk mengusulkan Rang Undang-Undang Persendirian dan mengetepikan Rang Undang-Undang yang lain. – BERNAMA

Kategori