Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MAPIM Bantu Promosi Produk...

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) bercadang mempromosi produk Palestin ke...

25 Juta Pekerjaan Terjejas,...

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 25 juta pekerjaan di peringkat global termasuk 11.2 juta...

Terengganu Banjir, Rakyat Tak...

KUALA TERENGGANU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu meminta orang ramai khususnya...

OIC Gesa Myanmar Benar...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk kerajaan Myanmar atas 'tindakan ganas...

Najib Lancar Buku 11 Pidato Terpilih Beliau Dalam UMNO

Sebaik sahaja Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak selesai menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau kemudian melancarkan buku kompilasi ’11 Pidato Terpilih Najib Razak’ di hadapan dewan.

Buku itu menghimpunkan kesemua 11 teks ucapan Najib daripada ketika beliau menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO hinggalah menjadi Presiden UMNO dari 2004 sehingga 2013.

Turut mengiringi Najib melancarkan buku itu ialah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sememangnya, buku ini diharapkan dapat menyuntik bukan sahaja inspirasi, tetapi akan terus membakar semangat setiap ahli dan orang UMNO serta warganegara Malaysia untuk terus berjuang memberikan yang terbaik demi kelangsungan bangsa Melayu dan Bumiputera,” kata Najib dalam ruangan Seindah Kata Selukis Pandangan di dalam buku berkenaan.

Buku 11 Pidato Terpilih Najib Razak yang dilancarkan beliau sebentar tadi. - Foto MYNEWSHUB.CC
Buku 11 Pidato Terpilih Najib Razak yang dilancarkan beliau sebentar tadi. – Foto MYNEWSHUB.CC

Antara pidato menarik Najib yang dimuatkan dalam buku berkenaan ialah Menjana Melayu Glokal yang disampaikan ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 19 Julai 2005, Menakhoda Zaman (24 Mac 2008) dan UMNO Menjuarai Transformasi (1 Disember 2011).

Buku berkenaan diterbitkan oleh Yayasan Penyelidikan Transformasi dan diedarkan secara percuma hari ini sempena pelancarannya.

Petikan mutiara kata oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut dimuatkan di dalam buku berkenaan. - Foto MYNEWSHUB.CC
Petikan mutiara kata oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut dimuatkan di dalam buku. – Foto MYNEWSHUB.CC

Sementara itu, untuk pertama kali dalam sejarah UMNO, Najib yang juga Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan dasar menyelitkan persembahan multimedia dalam bentuk video dan grafik sepanjang ucapan.


http://youtu.be/AmbuWtpSQnc

Hari ini, bermulalah PAU dengan ucapan dasar Najib sebelum disambung dengan perbahasan para perwakilan UMNO dari 191 Bahagian seluruh negara.

Semalam, sudah berlangsung Perhimpunan Agung sayap UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri.

PAU 2014 berlangsung di PWTC bermula 25 November sehingga 29 November ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori