Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Makan Pisang Boleh Bantu...

PISANG merupakan sumber yang baik bagi vitamin B6 yakni sejenis vitamin yang penting...

Tiada Bukti Virus COVID-19...

BEIJING - Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sangsi terhadap khabar angin mengenai...

Rakyat Boleh Nilai 100...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia kini berpeluang membuat penilaian terhadap prestasi 100 hari...

Jenama Pakaian H&M Tipu...

DALAM keseronokan orang ramai membeli barang jualan murah, tiba-tiba muncul dakwaan kononnya H&M...

Najib Jumpa UMNO Kedah, Ahmad Bashah Ganti Mukhriz?

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan oleh portal berita tempatan AgendaDaily sebagai amat sibuk lebih daripada kebiasaan pada Jumaat.

Sekiranya mengikut kepada jadual asal, pagi Jumaat, beliau mengadakan pertemuan dengan Biro KPI UMNO di PWTC, tetapi atas alasan yang tidak dapat dielakkan, perjumpaan dirancang itu terpaksa ditangguhkan.

Najib nampaknya mahu memberi sepenuh ‘tenaga’ bagi menyelesaikan isu yang menjadi duri dalam daging buat UMNO iaitu kemelut Menteri Besar Kedah hilang kepercayaan ramai pemimpin UMNO negeri Utara itu.

Satu pertemuan antara Najib bersama-sama dengan ketua-ketua UMNO bahagian, wakil rakyat serta exco Kedah kemudian diadakan di ibu pejabat parti di Menara Dato’ Onn, PWTC lewat petang Jumaat.

Perjumpaan tersebut susulan sidang akhbar kepimpinan UMNO Kedah secara mengejut pada Rabu yang melahirkan rasa hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Mukhriz disebut-sebut bakal digantikan sendiri oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata.

Beliau dikatakan mendapat sokongan padu daripada pemimpin-pemimpin UMNO Kedah dan sebahagian besar daripada ADUN UMNO negeri itu untuk dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.

Baca: Mukhriz Disingkir, Mungkin PM Ikut Saranan Tun M?

Juga: Alkisah ‘Hemoi’ Mukhriz, Ahmad Said, Khalid Ibrahim

‘‘Setakat ini boleh dikatakan sebagai sah, Ahmad Bashah dijangka menggantikan Mukhriz tetapi segala-galanya akan bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti dalam masa terdekat.

“Tetapi apa yang pasti pemilihan Ahmad Bashah mendapat sokongan hampir seluruh pemimpin UMNO Kedah sendiri sekali gus mampu membentuk majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.


‘‘Tambahan pula, difahamkan beberapa pemimpin meletakkan syarat, kalau Mukhriz mahu ‘diturunkan’, beliau harus digantikan oleh Ahmad Bashah dan bukan calon lain pula,’’ kata satu sumber.

Dikatakan juga pelantikan Ahmad Bashah dijangka dapat dilakukan selewat-lewatnya akhir bulan ini dalam usaha pucuk pimpinan negeri untuk menyelesaikan segera kemelut politik UMNO Kedah.

Krisis kepimpinan yang tercetus itu berikutan tindakan pemimpin UMNO negeri Jelapang Padi tersebut secara terbuka menyatakan hilang keyakinan terhadap kelemahan pentadbiran Mukhriz.

Sumber berkenaan juga menjelaskan, Ahmad Bashah dilihat sebagai calon yang paling layak untuk menggantikan Mukhriz berikutan kedudukannya sendiri sebagai pemimpin paling kanan.

Secara kebetulan beliau malah pernah dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah sebelum ia diambil alih oleh Mukhriz yang menjadi Menteri Besar negeri itu pada 2013 lalu.

‘‘Memang ada calon-calon lain disebut untuk menggantikan Mukhriz tetapi dari segi kelayakan, pengalaman dan hubungan di peringkat akar umbi, Ahmad Bashah dilihat ada kelebihan,’’ kata sumber itu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori