Najib Bertolak Ke Ibu Pejabat SPRM Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini pada jam 9.23 pagi ini untuk ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Beliau menaiki Toyota Vellfire putih yang sertai dua kenderaan lain, dipercayai membawa peguamnya, serta diiringi dua polis bermotosikal.

Bekas perdana menteri itu dikehendaki memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan kes membabitkan SRC International.

Kelmarin, Najib memberi keterangan hampir empat jam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. – BH ONLINE

Loading...