Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Ahli Dakwa PPBM Amal...

SEREMBAN - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus dibelenggu kemelut apabila hari ini...

Ramai Berang Sukar Akses...

KUALA LUMPUR - Ramai pihak meluahkan perasaan tidak puas hati dan berang kerana...

Wani Peroleh Keputusan Cemerlang...

TAHNIAH... Penyanyi, Wani Kayrie meluahkan rasa lega apabila berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam...

Polis Terengganu Tahan 28...

KUALA TERENGGANU - Seorang kakitangan awam antara 28 orang yang ditahan dalam operasi...

Najib Berikrar Sebagai Penderma Organ

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dilaporkan telah berikrar sebagai penderma organ.

Difahamkan, ikrar tersebut dilakukan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, ikrar itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sr Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Tan Sri Farida Mohd Ali.

“Ikrar ini memberi sinar harapan kepada lebih 19,000 pesakit yang memerlukan organ di negara ini. Ikrar derma organ bererti seseorang melahirkan hasrat untuk menderma organ selepas meninggal dunia.

“Sebelum ini, beberapa menteri kabinet lain sudah berikrar sebagai penderma termasuk Datuk Seri Dr S Subramaniam, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Khairy Jamaluddin,” ujarnya.


Dalam pada sama, Kementerian Kesihatan turut menghargai sumbangan dan sokongan pemimpin tanahair terhadap kempen derma organ yang dijalankan ini. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=qG8HcwP-1Pc

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori