Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

CEO ASEAN Yakin Prospek...

KUALA LUMPUR – Kajian yang dijalankan oleh firma audit global, KPMG, mendapati 94 peratus daripada ketua...

Boleh Ke Anak-Anak Dibenarkan...

KEPALA BATAS - Usia mereka masih mentah tetapi mereka sentiasa dilihat berkeliaran membuat...

Nurul Izzah Sambut Baik...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik gesaan sekumpulan 146 belia...

Rozita Che Wan Bakal...

SELEPAS bergelar pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau Che Ta...

Najib Akan Pastikan Anwar Terima Rawatan Sewajarnya

WALAUPUN berseteru dalam politik, namun ia tidak menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa simpatinya terhadap laporan kesihatan terkini membabitkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataannya Najib berkata, beliau meminta pihak bertanggungjawab memastikan Anwar menerima rawatan sewajarnya bagi merawat masalah kesihatan yang dihadapi ketika ini.

Anwar Ibrahim Alami Ketumbuhan Buah Pinggang?

Untitled

Tulis beliau di laman Facebook rasminya, “Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya.”

Umum sedia maklum, Anwar kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh sejak Februari tahun ini kerana sabitan kesalahan kes Liwat II.

Semalam, media melaporkan bahawa kesihatan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu semakin merosot. Anwar dikatakan mempunyai ketumbuhan sepanjang empat sentimeter di bahagian buah pinggangnya.


Memetik kenyataan peguam Anwar, S. Sivarasa, ia telah dimaklumkan secara lisan oleh doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada awal Jun.

Lantas itu, pihaknya memohon pihak penjara supaya memindahkan Anwar kepada tahanan kediaman bagi kemudahan menerima rawatan dan sebagainya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Kesihatan Anwar Merosot, Perlu Tahanan Rumah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori