Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPJ Iktiraf Sumbangan Awam...

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Ahmad Izham...

Klip Perbualan Haziq Pula...

KUALA LUMPUR – Setelah digemparkan dengan penyebaran empat video lucah Haziq Abdullah Abdul...

“Tahniah, Raja Pecut Baharu...

KUALA LUMPUR - "Tahniah, Raja Pecut Baharu Negara!," ucap Datuk Seri Najib Tun...

21 Maut, Berpuluh Lagi...

PORT-AU-PRINCE - Seramai 21 orang pendatang maut dan berpuluh lagi dilaporkan hilang selepas...

Najib Akan Hadir Majlis Angkat Sumpah Presiden Indonesia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Indonesia Joko Widodo di Jakarta esok.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata Najib akan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan para pegawai daripada Jabatan Perdana Menteri dan kementerian.

“Majlis itu akan berlangsung di Majlis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia pada 20 Okt,” kata kenyataan itu sambil menambah enam ketua negara atau kerajaan adalah di antara 18 kenamaan asing yang dijadual menghadiri majlis itu.

Menurut kenyataan itu, Najib akan mengambil peluang daripada lawatan kerja ke Jakarta itu untuk bertemu Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry.


Gabenor Jakarta Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi memenangi pilihan raya Presiden Indonesia pada 22 Julai, mengalahkan Prabowo Subianto, seorang bekas jeneral tentera.

Beliau akan mengambil alih jawatan itu daripada Susilo Bambang Yudhoyono, yang menjadi Presiden sejak tahun 2004. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori