Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Coco Gadis Pelat Mat...

GADIS pelat Mat Saleh yang kini bergelar instafamous, King Coco dikatakan sudah mendirikan rumah...

PKPP: Sudah Boleh Urut...

KUALA LUMPUR - Usaha mengekang penularan COVID-19 di Malaysia yang semakin menunjukkan perkembangan...

K’jaan Kelantan Perlu Tegas...

JELI - Kerajaan Kelantan pimpinan PAS perlu tegas dalam melaksanakan saranan dikemukakan dalam...

Ho Ying/Karen Lyn Hadirkan...

GOLD COAST — Skuad ping pong wanita negara melakarkan pencapaian di luar dugaan...

Najib, Ab Rauf Tarik Balik Saman Fitnah Mkini

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan dan bekas ketua pengarang Fathi Aris Omar berhubung siri posting pembaca yang diterbitkan dalam portal itu, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin, membenarkan permohonan itu selepas bertemu peguammewakili kedua-dua pihak di dalam kamarnya di sini dan tiada perintah dikeluarkan bagi kos.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan mewakili Najib dan Ab Rauf selaku plaintif, ketika ditemui pemberita berkata, keseluruhan saman itu ditarik balik tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Peguam A Surendra mewakili Mkini Dotcom, Steven Gan dan Fathi Aris sebagai defendan.

Ketika ditanya pemberita apakah alasan pihak plaintif menarik balik saman, Surendra berkata pihak plaintif tidak menyatakan sebarang alasan penarikan balik saman itu.

Pada 30 Mei 2014, Najib atas kapasiti peribadinya dan Ab Rauf, bagi pihak UMNO memfailkan saman fitnah itu terhadap ketiga-tiga defendan berhubung siri posting pembaca yang diterbitkan dalam laman web mereka.


Ia berhubung kompilasi komen pembaca dalam dua artikel bagi ruangan Yoursay yang disiarkan pada 14 Mei 2014 iaitu ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’.

Kedua-dua plaintif mendakwa artikel itu telah mencemarkan reputasi mereka dan menimbulkan andaian bahawa UMNO adalah tidak kompeten sebagai sebuah badan politik dan tunjang Barisan Nasional. – BERNAMA

Kategori