Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suruhanjaya Tenaga Rampas Kipas...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Tenaga (ST) merampas 187 unit kipas siling bernilai RM100,000 di...

402 Pekerja Maut Kemalangan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 402 pekerja di sektor pembinaan maut dalam kemalangan di...

Remaja Disambar Buaya Bantu...

Kuching : Remaja lelaki dilaporkan hilang selepas disambar buaya di sungai di Samariang,...

Selebriti Popular Banjiri Perhimpunan...

JUMAAT merupakan hari keempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) yang diadakan...

Najib, Ab Rauf Batal Pembelaan Mkini Didengar 19 Jun

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 19 Jun untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh bagi membatalkan pembelaan penerbit portal berita, Mkini Dotcom Sdn. Bhd.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Faizah Jamaludin menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Nor Hazira Abu Haiyan, mewakili Najib dan Ab Rauf selaku plaintif dan peguam A. Surendra bertindak bagi pihak Mkini Dotcom; Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan dan bekas ketua pengarang, Fathi Aris Omar sebagai defendan.

Najib dan Ab Rauf memfailkan permohonan untuk membatalkan pembelaan pada 28 Januari 2015 atas alasan pembelaan itu adalah remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Pada 30 Mei 2014, Najib atas kapasiti peribadinya dan Ab Rauf, bagi pihak UMNO memfailkan saman fitnah itu terhadap ketiga-tiga defendan berhubung siri posting pembaca yang diterbitkan dalam laman web mereka.

Ia berhubung kompilasi komen pembaca dalam dua artikel yang diterbitkan bagi ruangan Yoursay di laman portal www.malaysiakini.com pada 14 Mei 2014 iaitu ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’.


Mereka mendakwa artikel itu mencemarkan reputasi dan menimbulkan andaian UMNO tidak kompeten sebagai sebuah badan politik dan tunjang Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua plaintif itu mendakwa artikel berkenaan telah mencemarkan reputasi mereka dan menimbulkan andaian bahawa UMNO adalah tidak kompeten sebagai sebuah badan politik dan tunjang Barisan Nasional. – BERNAMA

Kategori