Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ratu Elizabeth II Bimbang...

LONDON - Ketua Negara United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth II menemui Perdana Menteri,...

UAE Lancar Susu Formula...

DUBAI - Sebuah syarikat berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendedahkan susu tepung...

Nasi goreng RM6: Pelanggan,...

JEMPOL : Gara-gara tidak puas hati dengan nasi goreng kosong dengan telur berharga...

Kerajaan Pakatan Harapan Perak...

IPOH - Perikatan Nasional sah membentuk kerajaan di Perak selepas memperoleh 32 kerusi Dewan...

PRN Sarawak: BN Lancar Manifesto Berpaksikan Rakyat

KUCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini melancarkan manifesto dengan menggariskan 15 fokus utama berpaksikan rakyat serta menjaga kepentingan negeri pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11).

Bertemakan ‘Beri Peluang Kepada TeamAdenan #theAdenanWay‘, manifesto itu merangkumi janji-janji dan ikrar kepada rakyat dalam mencapai aspirasi bersama agar Sarawak mengecapi lebih keamanan, kemajuan dan juga kemakmuran.

Dokumen tersebut dilancarkan oleh Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Adenan Satem di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini bagi menghadapi PRN-11, 7 Mei ini.

Adenan, yang juga presiden PBB, berkata kerajaan BN telah membuktikan ia tidak membuat janji kosong atau ikrar yang tidak tertunai, sebaliknya sentiasa mendapat kepercayaan rakyat.

Manifesto itu juga menggariskan pencapaian kerajaan negeri Sarawak di bawah kepimpinan Adenan, yang dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2014, yang telah memperkenalkan 53 prinsip dan tindakan yang diterima baik demi untuk memanfaat rakyat dan negeri Sarawak.

Manifesto itu diterbitkan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Iban.


Berikut senarai 15 teras utama manifeso BN Sarawak 2016:

1. Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya
2. Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita
3. Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak
4. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka
5. Melindungi dan memulihara alam semulajadi
6. Mempertingkatkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik
7. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
8. Mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi
9. Meningkatkan akses kepada perkhidmatam kesihatan
10. Meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi
11. Mengiktiraf dan membangunkan potensi belia demi masa depan kita
12. Memajukan pendidikan dan latihan teknikal
13. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak
14. Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan
15. Industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan transformasi luar bandar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori