Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LTTE: Ramasamy Mahu Tahanan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy meneruskan desakan...

Larangan Pesta Arak, Dobi...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan memberi beberapa contoh yang menunjukkkan nilai-nilai Talibanisasi...

Video: Pemandu Drift Pecah...

Seorang pemandu drift yang juga merupakan pemandu lagak ngeri, Han Yue dari China...

119 Pulih, 1 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Kadar pesakit yang pulih daripada wabak COVID-19 di Malaysia melebihi...

Mungkin Kerusi Majlis Pimpinan Pusat – Saifuddin

KUANTAN – Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini, tidak menolak kemungkinan bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijangka berlangsung pada bulan hadapan.

Beliau berkata ‘sedang mencari ilham’ jawatan yang sesuai, namun berkemungkinan besar akan menyertai persaingan merebut kerusi Majlis Pimpinan Pusat.

Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan juga mengesahkan beliau tidak akan bertanding sebagai Ketua Cabang Indera Mahkota, iaitu kawasan Parlimennya.

“Bagi kawasan Indera Mahkota, saya menyatakan sokongan kepada ketua cabang sedia ada Lee Chean Chun yang telah menjalankan tugas dengan baik termasuk memimpin jentera parti pada pilihan raya umum yang lalu,” katanya.

Saifuddin berkata demikian pada sidang media semasa ditemui selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Indera Mahkota di sini, hari ini.

Beliau juga menyifatkan ‘kecantikan’ PKR adalah tidak mewajibkan kedudukan dalam parti sebagai syarat wajib untuk dipilih sebagai wakil rakyat, berbeza dengan amalan sesetengah parti.

Katanya, tradisi itu diperlihatkan pada pilihan raya lepas, yang mana ramai calon PKR dan Pakatan Harapan meletakkan calon muda dan mereka yang tidak berjawatan sebagai calon.


“Ini menunjukkan amalan demokrasi matang, seperti yang diamalkan di sesetengah negara maju… asalkan calon itu berkewibawaan, mempunyai ketokohan dan boleh bekerja dia layak untuk dilantik.

Begitu juga calon kita pada Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Beliau tidak ada jawatan penting dalam parti tapi berkelayakan, ada ketokohan dan dikenali masyarakat setempat,” katanya.

Berhubung pusat khidmat di Indera Mahkota 8, Saifuddin berkata ia dibuka pada Isnin hingga Jumaat pada waktu pejabat, namun perkhidmatannya akan diteruskan di luar waktu pejabat jika ada perkara yang perlu perhatian segera.

Saifuddin berkata beliau juga akan berada di kawasan pada setiap hujung minggu bermula Jumaat, namun ia juga bergantung kepada jadual sebagai menteri yang memerlukan beliau berada di luar kawasan. – BERNAMA

Kategori