Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bilik Aeon Terbakar, Asap...

SUASANA di dalam pusat beli belah terkenal, Mid Valley, Bangsar menjadi huru-hara, semalam...

Abang Long Fadhil Sah...

BEKAS gangster terkenal Singapura, Abang Long Fadhil kini sah bergelar tunangan kepada seorang...

Wanita Hamil Maut Jatuh...

KOTA KINABALU - Seorang wanita yang hamil lima bulan maut selepas terjatuh dari...

PAS Sokong Ismail Sabri...

PETALING JAYA : Pas menyokong keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Mukhriz Umum Rombakan Portfolio Exco Kedah

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengumumkan rombakan portfolio Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selaras dengan kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, Mukhriz turut memaklumkan rombakan itu susulan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah Mohd Firdaus Ahmad sebagai Exco baharu yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pagi tadi.

“Kita membuat sedikit rombakan kepada portfolio ataupun jawatankuasa-jawatankuasa tetap Exco seperti mana yang telah saya nyatakan antara lain tujuan untuk selaras dengan kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Sistem Atas Talian Syariah, dikenali sebagai “myReCourt” (My Registration Court) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Mukhriz berkata pelantikan Mohd Firdaus itu berikutan Exco sebelum ini Datuk Amiruddin Hamzah yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan dan Agama telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

Berikut adalah senarai exco bersama portfolio baharu mereka:

* Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir: Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Hasil Bumi, Majlis Tindakan Negeri dan Kewangan

* Datuk Dr Ismail Salleh: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)

* Tan Kok Yew: Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan

* Zamri Yusuf: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga

* Azman Nasrudin: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama


* Mohd Asmirul Anuar Aris: Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan

* Ooi Tze Min: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

* Dr Salmee Said: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia

* R. Summugam: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

* Halimaton Shaadiah Saad: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan

* Mohd Firdaus Ahmad: Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) – BERNAMA

Kategori