Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fathia Buat Hal Lagi,...

SEBELUM ini, pelakon Nur Fathia dikecam 'tidak bijak' oleh netizen kerana tersalah tafsir...

Mahathir Akui Tidak Aktif...

KUALA LUMPUR - Pada usia 93 tahun dan jelas masih aktif dan kuat,...

Desak Pewujudan Mahkamah Khas...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan terus mendesak bagi pewujudan...

Rewcastle-Brown Bukan Ditahan, Kata...

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjelaskan Clare Rewcastle-Brown,...

Muhyiddin Terus Kekal Dengan UMNO.. Kalau Pembangkang?

APABILA nama beliau disingkirkan daripada barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 28 Julai lalu, ramai yang membuat telahan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku mantan Timbalan Perdana Menteri bakal angkat kaki dari UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ada juga suara-suara sumbang berkata, Muhyiddin bakal melancarkan perang saraf terhadap kepimpinan PM selain ada yang menggesa Ahli Parlimen Pagoh itu bekerjasama dengan pemimpin pembangkang serta yang tak sebulu dengan Najib.

Namun, hasutan tersebut langsung tak dipandang beliau, malah Muhyiddin terus berjanji untuk melimpahkan taat setianya kepada UMNO dan tak akan meninggalkan parti tersebut!

Muhyiddin Masih Sedia Bekerjasama Dengan Najib Demi Parti

znajib45435e_2x

Menerusi kenyataan selepas pengumuman barisan kabinet baharu Muhyiddin berkata, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan akan sentiasa setia dengan perjuangan UMNO.

Jawapan sama diberikan beliau sehari selepas itu iaitu ketika mengadakan satu sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, malah mengakui kesedian untuk tetap berkerjasama dengan Najib selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak harus memikirkan soal yang telah berlaku terhadap diri menganggu tugas sebagai timbalan presiden untuk melaksanakan kerja-kerja yang banyak yang perlu diselesaikan.

“Saya harus sedar sebagai Timbalan Presiden, walaupun soal itu telah berlaku terhadap saya, masalah yang penting bukan saya tapi parti, masalah yang penting adalah masa depan rakyat.”

MUKTAMAR_PAS_61ST_060615_TMINAZIRSUFARI_17_nik_abduh


Ironinya, dalam sibuk parti pembangkang menyeru Muhyiddin menyertai mereka, mereka lupa melihat apa yang sedang bergolak dalam kepimpinan sendiri.

Cuba tengok apa yang sedang berlaku dalam PAS. Ketika parti sendiri hampir karam kerana puak ulamak dan puak progresif saling bertelagah, mereka tetap ada hati nak mengajak Muhyiddin untuk naik sekapal!

Nik Abduh Alu-Alukan Muhyiddin Sertai PAS 

29 Ogos lalu, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempelawa Muhyiddin untuk menyertai PAS. Tak lama selepas itu, Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dikepalai Mat Sabu pula bercita-cita tinggi nak hadir ke rumah Muhyiddin bagi tujuan sama. Alahai, cukup terdesak…

Namun akhirnya, mereka malu dan membatalkan kunjungan tersebut selepas kenyataan demi kenyataan dari Muhyiddin bahawa beliau ‘totok’ UMNO!

Apa yang jelas, isu tersebut ditangani secara kontra oleh kedua-dua pihak. Ketika Muhyiddin yang tersingkir dari kabinet terus melaungkan kesetiaannya terhadap UMNO, dalam PAS pula, pemimpin-pemimpin yang tak sefahaman dengan kepimpinan tertinggi parti itu tegar tubuhkan satu parti baru!

Maka di situ, anda sendiri dapat menilai bagaimana tahap kesetiaan seorang tokoh dalam UMNO dan pemimpin-pemimpin gila kuasa dalam parti pembangkang…  – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Kenyataan Muhyiddin Enam Jam Selepas Dipecat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori