Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cuaca Buruk Di 6...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir...

Dari Ratu Cantik, Kini...

Pernah memenangi beberapa pertandingan ratu cantik namun ia langsung tidak memberikan sebarang makna...

Polis Thailand Tahan Warga...

PATTANI - Polis Thailand menahan seorang rakyat Malaysia di pusat imigresen Betong, Yala...

50 Petugas Kesihatan HTAR...

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan berlaku jangkitan Covid-19 dalam...

Muhyiddin Serah Borang Parti Kepada RoS

PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baharu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM), di sini hari ini.

Muhyiddin Serah Borang Parti Kepada RoS

Selesai proses penyerahan dokumen tersebut, Muhyiddin yang ditemui pemberita mengumumkan nama parti baharu tersebut iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).

“Selaras dengan jaminan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bahawa permohonan kami akan diberi pertimbangan dan diluluskan maka saya berharap permohonan parti (Pribumi) ini akan mendapat kelulusan dengan seberapa segera daripada pihak pertubuhan,” kata Muhyiddin.

Pribumi akan diterajui pengerusi, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Muhyiddin selaku presiden parti.

“Berdasarkan struktur yang kita cadangkan ada jawatan pengerusi yang paling layak dan sesuai ialah Tun sendiri (Tun Dr. Mahathir) itu yang kita cadangkan dan beliau sendiri berminat dan berhasrat untuk membantu apa yang ingin diperjuangkan oleh parti ini,” kata beliau lagi.

Ketika ditanya tidakkah parti baharu ini akan menjadi agenda kepada perpecahan kaum, Muhyiddin berkata ia tidak menjadi isu kerana dalam negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat mempunyai pilihan untuk memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik yang ada.

Turut hadir pada sesi penyerahan itu ialah presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman, bekas pemimpin Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin dan aktivis pelajar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Sementara itu, Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia, Hamdan Mohd Salleh yang ditemui pada lokasi sama menggesa Muhyiddin untuk menyertai program Nothing To Hide 3.0 bagi memperjelaskan kepada rakyat mengenai isu yang membelenggu bekas ahli parlimen Pagoh itu.

Muhyiddin Serah Borang Parti Kepada RoS
Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia, Hamdan Mohd Salleh.

“Kita minta platform ini digunakan sebaik mungkin oleh Tan Sri Muhyiddin untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai isu penceraian Stanley dan Nika yang akan dibuat di mahkamah pada 16 Ogos ini.

“Jadi kita mengharapkan Muhyiddin segera memberitahu presiden JMM untuk mengadakan Nothing To Hide 3.0, kita akan sediakan platform untuk beliau. Saya rasa ini adalah amat perlu sebelum beliau membuka parti yang baru,” katanya.

Muhyiddin sebelum ini dikaitkan terlibat skandal dengan seorang wanita Cina, Nika Gee yang merupakan isteri kepada bekas pendakwaraya, Stanley Clement Augustin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori