MUBARAK Dan NGO Malaysia Tentang Gerakan Guling PM

KUALA LUMPUR – Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) bersama-sama 42 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang cuba menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka turut menandatangani kenyataan mengecam kumpulan penentang pentadbiran Perdana Menteri dalam sidang akhbar yang diketuai oleh Presiden MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman mewakili kesemua NGO yang datang.

DSC07670
Tan Sri Abdul Aziz (tengah) disaksikan oleh Datuk Abdul Rahman (belakang kiri), Datuk Mohd Yazid Baba (tengah) dan Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim (kanan). – Foto FISHA/MYNEWSHUB

Abdul Aziz berkata, tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan para pembangkang menandatangani deklarasi menentang Najib adalah satu tindakan yang menentang sistem dan demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia.

DSC07664
Presiden MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz

Menurut Abdul Aziz lagi, terdapat cara sewajarnya yang dibenarkan untuk memecat pemimpin.

“Najib boleh dipilih atau diturunkan hanya melalui Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Kemudian, wakil-wakil rakyat UMNO juga boleh untuk tidak memilih Najib sebagai Presiden UMNO melalui undi tidak percaya di Parlimen.

“Kita tahu, apabila seseorang itu gila, ianya bertentangan dengan perundangan untuk menjadi wakil rakyat, secara automatik tidak layak menjadi calon untuk bertanding pada PRU,” jelasnya.

DSC07675

Oleh itu, MUBARAK dan kumpulan NGO terbabit seterusnya terdorong untuk meletakan persetujuan dan merakamkan perasan dukacita terhadap penentangan Najib sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keselamatan negara, agama dan bangsa.

Malah menyeru rakyat bersatu teguh mempertahankan perlembagaan negara serta tidak terpengaruh dengan anasir-anasir berbentuk menghancurkan kerajaan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...