Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Demonic Attacks Real

Your composition should be plausible and not too hard to study. For the...

K’jaan Tubuh Jawatankuasa Tapis,...

Apabila sebuah kerajaan dibentuk selepas pilihan raya, rakyat mempunyai harapan yang tinggi untuk...

Sharnaaz Ahmad Titip Nasihat...

SELAIN Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang memberikan komen masing-masing mengenai kontroversi...

Polis Selangor Perkasa JPJKK,...

SHAH ALAM - Polis Selangor akan terus memantapkan peranan Jabatan Pencegahan Jenayah dan...

MPS Akan Rombak Tender Kerja Pembersihan Bandar

SANDAKAN – Pemberian tender kerja pembersihan bandar menerusi Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan dirombak bagi meningkatkan tahap kebersihan di daerah ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Stephen Wong Tien Fatt berkata ia juga bagi memastikan tender kerja pembersihan itu dilaksanakan oleh kontraktor yang betul-betul dapat melaksanakan kerja dengan baik.

Katanya rombakan itu termasuk memastikan tender terbuka dibuat untuk setiap kerja pembersihan kerana sebelum ini ia diberikan secara tender terus kerana terdapat campur tangan politik.

Menurutnya ini menyebabkan kerja pembersihan bandar membabitkan memotong rumput, penyelenggaran parit dan memungut sampah tidak dilaksanakan dengan baik dan mencapai kriteria ditetapkan.

“Ada di antara kontraktor yang mendapat tender dari MPS itu menyerahkan kerja pembersihan itu kepada sub kontraktor lain.

Ini menjadi faktor menyebabkan tahap kebersihan Sandakan masih pada tahap tidak memuaskan. Kebersihan Sandakan juga menjadi faktor penting dalam usaha daerah ini mencapai status Bandaraya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kontraktor kerja pembersihan MPS di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden MPS Mohd Hamsan Awang Supain.


Wong yang juga Anggota Parlimen Sandakan berkata terdapat 35 kontraktor mengendalikan kerja pembersihan menerusi tender di bawah MPS.

Beliau berkata rombakan kontrak kerja pembersihan itu juga akan menilai semula kadar bayaran membabitkan pembahagian zon kerja pembersihan.

Dalam pada itu, Mohd Hamsan berkata pihaknya bercadang menguatkuasakan Anti Kutu Sampah di kawasan dikenal pasti di Bandar Sandakan dengan mengambil tindakan terhadap pembuang sampah dengan melakukan kerja sosial pembersihan.

Katanya pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak mahkamah dan Jabatan Penjara untuk memperhalusi cadangan itu.

Pihak berkuasa tempatan di negeri ini boleh mengeluarkan kompaun kepada sesiapa didapati membuang sampah antara RM30 hingga RM500 di bawah Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap 1984 (pindaan 2005). – BERNAMA

Kategori