Minyak Naik, Harga Barang Jangan Pula Dinaikkan! – Ahmad Maslan

MELALUI laman makro Twitter, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memberi amaran keras agar para peniaga tidak menaikkan harga barang.

Ujaran tersebut dilontarkan beliau susulan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak RM0.10 sen berkuatkuasa tengah malam tadi (1 Jun 2015).

Ahmad Maslan Akur Arahan PM Isu Kad Prabayar

Beliau membuat perbandingan situasi yang mana, ketika harga minyak diturunkan, peniaga tidak menurunkan harga barang.

Lantas, kenaikan harga minyak tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang sekali lagi.

“Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak dunia naik, maka minyak Msia juga naik, harga barang jangan pula dinaikkan.”

Selain itu, beliau turut memuat naik dua keping gambar yang memaparkan carta harga minyak dunia pada 31 Mei lalu sebagai rujukan kepada tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar itu.

“Purata harga minyak dunia naik untuk Mei punca harga naik 10 sen untuk RON95, diesel dan RON97. Carta ini untuk 31/5/15.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

 Ahmad Maslan Senaraikan Kebaikan GST

Loading...