Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Mayat Dua Remaja Lelaki...

JOHOR BAHRU - Dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Desaru,...

Misbun Kembali Kepada BAM...

KUALA LUMPUR - Selepas hampir tujuh tahun menyepi, lagenda badminton negara, Datuk Misbun...

Messi Akan Bergelut Jika...

LONDON - Paul Scholes merasakan Manchester United memerlukan pemain berkualiti seperti Eden Hazard...

Soal Cinta Dengan Fattah,...

FENOMENA Fattzura mula menjadi sensasi di Malaysia sejak gandingan Fazura dan Fattah Amin...

“Mereka Bukan Golongan Profesional Tetapi Virus” – PAS

KUALA LUMPUR – Pihak dalam parti PAS yang bercanggah pendapat dengan Dewan Ulama PAS Pusat tidak boleh dilabelkan sebagai golongan profesional.

Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, golongan itu sebenarnya pendokong pemikiran asing yang bertentangan dengan manhaj perjuangan Islam.

“Pertembungan yang berlaku bukan pertembungan antara ulama dan profesional sebaliknya pertembungan yang wujud daripada aliran pemikiran yang bertentangan prinsip dengan keabsahan manhaj PAS.

“Jangan benarkan parti diresapi pemikiran yang asing dan bertentangan. Pemikiran itu bagaikan virus yang boleh melumpuhkan jamaah dan memusnahkan identiti perjuangan PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.


Justeru, Nasrudin meminta ahli PAS menamatkan teori pertembungan ulama dan profesional dalam parti dan bangkit mepertahankan dasar, prinsip, agenda perjuangan dan pemikiran Islam yang tulen daripada anasir yang merosakkannya.

“Wujudnya mereka yang tiada disiplin berjamaah, mengkhianati jamaah dengan membocorkan rahsia, menikam kepimpinan sendiri dari belakang, melunturkan nilai taat dan walak kepada jamaah dan sebagainya,” katanya. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=3sB6EGYSz1I

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori