Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 1,000 Hadiri Program...

SEREMBAN - Lebih 1,000 orang termasuk pelajar sekolah dan penduduk sekitar hadir memeriahkan...

Perhimpunan #Kitalawan Perlu Dihenti...

KUALA LUMPUR -- Penganjur perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan di...

Syarikat Perumahan Perlu Serius...

LUMUT - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua...

Bukan Warganegara Perlu Bayar...

KUALA LUMPUR - Semua individu bukan warganegara yang masuk dari semua pintu masuk...

Menteri Luar Nafi Letak Jawatan, Cerita Azmin Palsu

KOTA KINABALU – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mematikan spekulasi menerusi blog dan media sosial mendakwa beliau “menteri kanan” yang konon dikatakan Datuk Seri Azmin Ali mahu meletak jawatan.

Perkara itu malah turut dinafikan keras pemimpin Badan Perhubungan UMNO Sabah sendiri, menurut pengesahan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Menerusi kicauan dalam laman Twitter beliau berkata, Anifah sendiri menyangkal tohmahan konon dirinya adalah menteri kanan yang didakwa oleh Timbalan Presiden PKR itu bakal melepaskan jawatannya dalam Kabinet.

Masidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Ranau bahkan memuat naik gambar beliau bersama Anifah serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Mereka dirakamkan kelihatan santai ceria duduk semeja dalam satu majlis rasmi anjuran pihak kerajaan negeri di sini, lewat Jumaat sempena program lawatan kerja oleh Menteri Dalam Negeri itu ke Sabah hari ini.

Anifah, 63, yang juga Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kimanis merupakan adik kepada Musa. Beliau sebelum itu pernah menyandang jawatan timbalan menteri Persekutuan dan Ahli Parlimen Beaufort.

Menteri Luar Nafi Letak Jawatan, Cerita Azmin Palsu

Semalam, Azmin menimbulkan persoalan misteri melalui kicauan Twitter beliau apabila menyatakan benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan sehingga menjadi tular menerusi media sosial.


Peletakan jawatan tersebut didakwa konon ada kaitan dengan isu panas 1MDB. Ramai penganalisis politik melihat tindakan pelik Azmin itu sebagai cubaan untuk mengalih isu semasa dengan mencipta satu berita lucu.

Ini juga bukan kali pertama Azmin mengeluarkan kenyataan aneh sedemikian dan secara kebetulan jika diamati ia dikeluarkan setiap kali pakatan pembangkang sedang bergolak dengan pelbagai masalah dalaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksi balasnya malam tadi, menyifatkan Azmin sekadar mahu menarik perhatian dengan berbohong, berhubung dakwaan peletakan jawatan oleh seorang menteri.

Pengerusi Barisan Nasional itu malahan menerusi kenyataan ringkas, dalam akaun Facebook dan Twitter beliau, menegaskan tiada seorang pun anggota Kabinet memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan.

“Saya menganggap Azmin memberitahu sesuatu yang tidak benar untuk menarik perhatian, lainlah dia sendiri yang tampil menyatakan nama menteri berkenaan,” sindir Najib. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori