Melayu Bakal Jadi Red Indians Jika DAP Berkuasa – Tun Hamid

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyeru agar parti politik UMNO dan PAS agar bergabung bagi ‘menggagalkan’ hasrat DAP untuk menerajui kerusi pemerintahan di Putrajaya.

Memetik laporan portal Malaysiakini, beliau berkata, jika ia menjadi kenyataan, maka masyarakat Islam bakal menerima nasib malang sama seperti masyarakat Red Indians di Amerika Syarikat yang dipinggirkan.

Masalah orang Melayu sekarang bukan sekadar pemansuhan ISA dan Akta Hasutan. Masalahnya adalah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi Red Indians di tanah air sendiri,” ujarnya dalam Konvensyen Perpaduan Nasional.

Justeru, Hamid mencadangkan kerjasama dua parti besar itu agar ‘hak Melayu dan Islam’ tidak diganggu gugat oleh DAP.

PAS dan Umno perlulah berfikir untuk bercantum, bergabung atau bekerjasama, sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan Persekutuan untuk mempertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP.

PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam – bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS.”

Tambah beliau, DAP bukanlah parti yang akan membela nasib orang Melayu, malah PRK mahupun PAS tidak mampu untuk mengawal cita-cita DAP seperti UMNO mengawal MCA dan Gerakan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR