Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berbaju Melayu Di Hari...

TAHNIAH diucapkan kepada pemuda yang bernama Khairul Aiman Bin Hamdan kerana telah berjaya...

Aktres Hollywood Protes Israel...

TEL AVIV - Pelakon terkenal, Hollywood Natalie Portman membuat kejutan apabila enggan hadiri...

Khaled Ulangi Sokongan Kerajaan...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengulangi sokongan...

Penduduk Islam Berkembang, Produk...

KUALA LUMPUR – Euromonitor International, syarikat penyelidik pasaran global, berkongsi trend terkini yang...

Media Hanya Beri Liputan Lepas Nik Aziz Meninggal, Kata Mahfuz

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kesal kerana media elektronik dan cetak hanya memberi liputan khas untuk Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas kematian pemimpin PAS tersebut.

Dakwanya, media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar memberi penghormatan kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz selepas kematiannya tetapi media sama yang memutar-belit dan memburukkan Mursyidul Am PAS itu sewaktu hayatnya.

“Semua pihak menyebut keindahan akhlak, kebaikan dan jasa Almarhum. Namun yang agak menghairankan kerana suatu ketika dahulu pihak media yang sama sering menyekat, memutar-belit dan memburukkan Almarhum khususnya ketika bergelar Menteri Besar Negeri Kelantan.

“Dahulunya, amat jarang sekali untuk kita melihat Almarhum Tuan Guru (Nik Abdul Aziz) diberikan peluang untuk muncul menyampaikan ucapan dan tazkirah di kaca mata televisyen, corong radio mahupun dada akhbar.

“Ironinya, ia terus berubah apabila Almarhum Tuan Guru meninggal dunia. Media pun memuji dan menyatakan betapa negara kehilangan Murabbi Ummah yang begitu berjasa kepada kita semua,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mahfuz bagaimanapun tetap mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kesemua media yang memberikan liputan terbaik sepanjang majlis pengkebumian Nik Abdul Aziz.

“Usahlah menunggu insan hebat itu tiada barulah kita mahu menyebarkan khabar yang benar mengenai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya.

‘Seperti yang sering dipesan oleh Almarhum Tuan Guru, sesungguhnya segala amal baik dan buruk yang kita lakukan tetap akan dikira dosa-pahalanya maka kita tidak boleh berlepas diri daripada apa jua yang ditulis dan disebarkan kepada umum,” kata beliau. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori