Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Topeng Muka ‘Pembedahan’ Tidak...

PASTINYA semua sudah mengetahui, negara kita sedang dilanda jerebu yang nampaknya semakin hari...

Tart Nanas Gulung Ungguli...

KOTA BHARU - Menjelang Aidilfitri pelbagai jenis biskut raya pastinya menjadi pilihan sama...

AMK Bantah Kaedah Pengapungan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghasut orang ramai supaya membantah keputusan...

Pengasas Produk Kecantikan Ditahan

KUALA LUMPUR - Polis menahan pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung video...

MCA: Gesa Najib Turun Kenyataan Peribadi Ling Liong Sik

IPOH – Kenyataan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik menyokong gesaan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri merupakan pandangan peribadi beliau dan bukan pendirian parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata sebagai negara demokrasi, Dr Ling mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya walaupun jelas parti kaum Cina itu menyokong penuh kepimpinan Najib.

Menurutnya walaupun MCA menghormati Dr Ling sebagai bekas pemimpin parti namun kenyataan beliau bukan mewakili parti itu.

“Mungkin pandangan beliau itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi anggota parti dan kita perlu menangani perkara tersebut kerana ini bukan hanya mengenai MCA tetapi perpaduan Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Senaman Tai Chi kali ke-23 di Sekolah Menengah Shen Jai, di sini hari ini.

Ong, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, diminta mengulas kenyataan Dr Ling yang mengaku menyokong saranan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib meletak jawatan.


Dalam pada itu, Ong mengingatkan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan mereka yang mempunyai jawatan dalam kerajaan agar tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi atau berbaur provokasi yang boleh menimbulkan kemarahan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin BN tidak seharusnya dilakukan secara terbuka dan sesuatu isu yang berbangkit perlu diadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian.

“Apabila kita tersilap mengeluarkan kenyataan, adalah lebih baik memohon maaf dan mengaku apa yang telah dilakukan. Jika kita mahu BN kekal sebagai parti pemerintah, ini tidak harus berlaku,” katanya.

Katanya keadaan sedemikian, jika berlarutan, akan menjejas keyakinan dan sokongan rakyat terhadap BN. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori