MCA Bukan Rakan Kongsi Bisu BN – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menegaskan MCA bukan rakan kongsi bisu kepada BN seperti didakwa parti pembangkang khususnya DAP.

Sebaliknya Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, MCA memainkan peranan cukup penting sebagai parti komponen BN.

“Saya boleh sangkal dakwaan itu. MCA memberikan pendapat dalam mesyuarat Kabinet dan BN tetapi dengan cara berhemah, bukan cara biadap,” katanya berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-62 di Wisma MCA, di sini, pagi ini.

Najib turut memuji hala tuju MCA di bawah kepimpinan Presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempunyai hubungan baik dengan timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, MCA bekerja mengikut sistem yang betul sekali gus lebih berkesan berbanding hanya pandai ‘bersuara di luar’.

“Anda lebih dihormati (jika bertindak mengikut sistem yang betul) dan kita perlu teruskan dengan cara ini,” katanya. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]2cTdtt4kP1g[/wpdevart_youtube]

Leave a Reply