Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kedutaan Singapura Hubungi Pihak...

SINGAPURA - Kedutaan Singapura di Yangon sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Myanmar berkaitan...

Para KL2017: 5 Acara...

KUALA LUMPUR - Peminat sukan tempatan berpeluang menyaksikan lima jenis sukan pada Sukan...

8,647 Individu Ditahan Sepanjang...

PUTRAJAYA - Seramai 8,647 individu ditahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di...

Neelofa Sambut Seruan Haji,...

KUMPULAN pertama jemaah haji dari Malaysia telah pun berlepas ke tanah suci bagi...

Mat Sabu Bangga PAN Atasi PAS Di Sungai Besar

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) tetap berbangga dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana berjaya mengatasi undi PAS.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, walaupun kalah, PAS berada di tempat kedua di belakang Barisan Nasional (BN) di Sungai Besar.

“Dalam usia penubuhan PAN yang baru menginjak sembilan bulan, kejayaan berada di tempat kedua mengekori BN di Sungai Besar dan ketiga di Kuala Kangsar dengan beza 800 undi dengan PAS sudah cukup untuk dibanggakan.

“Ini satu permulaan yang baik dan momentum ini seharusnya dikekalkan sehingga PRU-14 nanti.,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mat Sabu seterusnya mengulangi kenyataan `cover malu’ pemimpin PAN kononnya parti itu menyertai PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar cuma untuk memperkenalkan parti kepada masyarakat.


PAN dan pemimpin Pakatan Harapan lain sebelum PRK berlangsung mendabik dada mendakwa mendapat sokongan rakyat dan akan menang besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Beliau dalam pada itu mengakui para penyokong BN kelihatan begitu padu dalam menghadapi Pakatan Harapan dalam kedua-dua PRK terbabit. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori