Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Tiket Percuma...

BAYAR!... Buat julung kali, pihak produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) jual tiket masuk...

Program Penempatan Pembantu Guru...

KUALA LUMPUR - Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Ke-8 yang memberi fokus menangani...

Dua Beradik Ponteng Sekolah,...

PETALING JAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa segera membela nasib dua beradik...

Ismail Sabri, Panglima ATM...

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, serta pegawai...

Masyarakat Perlu Politik Matang – Salleh Keruak

KUALA LUMPUR – Menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), rakyat diminta supaya tidak lagi mengamalkan politik adu domba dan fitnah sebaliknya beralih kepada politik matang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberi ruang kepada rakyatnya untuk berpartisipasi dalam politik.

“Mencapai tahap politik matang adalah tanggungjawab bersama. Hargailah kestabilan politik yang telah kita nikmati selama ini kerana kestabilan dan keamanan ini terlalu mahal harganya,” katanya menerusi catatan dalam laman blognya, hari ini.

Menurut Salleh, masyarakat tidak lagi memerlukan politik adu domba, fitnah, pembunuhan karakter, dan juga penyebaran berita-berita palsu kerana amalan buruk ini boleh merosakkan akal budi sebagai rakyat Malaysia yang berakhlak dan beradab.

“Kita boleh berbeza pendapat politik dan berada dalam parti yang berlainan, tetapi janganlah sampai ke tahap kita menyebar berita palsu tentang negara.

“Misalnya, menyebarkan berita tidak tepat tentang tahap kesihatan ekonomi negara, rasuah dan juga kadar jenayah tanpa menggunakan data-data yang betul,” katanya.


Salleh berkata kerajaan telah mengeluarkan data-data rasmi, maka janganlah mengambil contoh-contoh terpencil untuk menafikan kejayaan negara hanya kerana perbezaan pandangan politik.

“Inilah yang dimaksudkan kita meraikan perbezaan politik dan pendapat, tetapi janganlah sampai ke tahap mengabaikan kepentingan negara,” katanya.

Beliau berkata kerajaan komited untuk menyekat amalan politik kotor dan fitnah yang boleh memudaratkan negara. – BERNAMA

Kategori