Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Projek ETS 93 Peratus...

SEGAMAT : Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru berjalan lancar...

Remaja Tunggang Motosikal Ala...

KLUANG : Seorang remaja yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi seperti ‘Superman’ ditahan...

19,733 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat kepada 19,733 kes...

Gempa Bermagnitud 7.5 Ragut...

SYDNEY - Lebih 30 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 yang...

Masuk GHB, PAS Kawasan Kota Raja Umum Letak Jawatan

Dalam satu sidang media yang diadakan oleh PAS Kota Raja sebentar tadi, seluruh kepimpinan kawasan tersebut mengumumkan perletakkan jawatan mereka.

Bukan itu sahaja, 9 Ketua Cawangan Dewan Himpunan Penyokong Pas kawasan tersebut turut bertindak melepaskan posisi mereka.

Keputusan tersebut dibuat bagi menyahut seruan pemimpin tertinggi parti agar ahli yang ingin bergerak ke wadah baru, iaitu menerusi Gerakan Harapan Baru atau bakal dinamakan Parti Amanah Rakyat, untuk melepaskan jawatan mereka.

Ia juga diambil bagi memudahkan ahli jawatankuasa yang masih bersama PAS untuk menjalankan tugas melantik peneraju baru serta melakukan aktiviti yang telah dirancang di kawasan tersebut.


Memetik kenyataan dari siaran media yg diberikan, “Dengan ini, kami bertambah yakin dan bebas untuk bergerak dan menjalankan aktiviti kebajikan tanpa salah anggap mana-mana pihak bahawa kami mengambil kesempatan untuk menyampaikan wadah harapan baru kepada masyarakat melalui platform PAS.” – MYNEWSHUB.CC

Berita penuh akan menyusul.

https://www.youtube.com/watch?v=9igKBRUluVc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori