Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Gagalkan Cubaan Seludup...

JITRA - Polis menggagalkan cubaan menyeludup keluar 651 bungkusan mengandungi daun ketum seberat...

Rangka Dugong Bertaring Ditemui...

BANDAR PANAMA - Sepasukan penyelidik telah menemui fosil spesies dugong purba yang bertaring...

KRU Gegarkan Konsert Anniversary...

SIAPA sangka, kumpulan muzik paling popular tahun 90an dan awal 2000 ini sudah...

Polis Thai Gagalkan Cubaan...

BANGKOK – Polis Thailand menggagalkan cubaan menyeludup 400kg “Ice” (sejenis dadah Methaphetamine) ke...

Malaysia Tuan Rumah Perhimpunan Agung ICAPP 2016

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-4 pada September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata persidangan berkenaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama empat hari bermula 1 Sept ini.

Beliau berkata persidangan ICAPP akan disertai lebih 82 parti politik dari 35 buah negara Asia.

“Perhimpunan itu melibatkan semua negara Asia yang akan diwakili semua parti-parti politik. Ia diadakan setiap tiga tahun sekali dan kita sasarkan untuk menjemput 82 parti politik termasuk pemerhati bagi menghadiri perhimpunan itu.

“Selain itu, kesemua parti komponen Barisan Nasional dan parti pembangkang akan turut sertai persidangan ICAPP yang akan berlangsung nanti,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Logo dan Perlantikan Pegawai Bersekutu CDERT-BETTER NATION Pertahanan Awam Malaysia di sini, hari ini.


“Persidangan ICAPP juga turut mengadakan forum media iaitu Persidangan Bencana Antarabangsa ICAPP yang akan disertai pelbagai parti politik,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata acara pembukaan persidangan berkenaan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak manakala acara penutup akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

ICAPP merupakan persidangan melibatkan parti-parti pemerintah, pembangkang dan Bebas di Asia yang dibentuk pada tahun 2000 bertujuan antaranya meningkatkan kerjasama serta persefahaman. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori