Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Felda Berterima Kasih Kepada...

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berterima kasih kepada kerajaan di...

Masa Untuk Perpaduan Umat...

KUALA LUMPUR - "Sebagai orang Islam kita perlu bersatu meskipun berbeza fahaman parti...

Cream Crackers Terbakar? Ini...

VIRAL di laman sosial seorang individu telah mendakwa bahawa biskut jenama Cream Crackers...

Mitos DAP-Pakatan Harapan Terhadap...

SAYA berasa sedikit terkesima dan terkejut dengan kenyataan balas Kwan Say Hong, Setiausaha...

Malaysia, Singapura Kongsi Pengalaman Kuatkan Hubungan

PUTRAJAYA – Malaysia dan Singapura akan bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan dalam beberapa perkara termasuk isu berkaitan wanita, delinkuen, dadah, pendidikan dan kaunseling bagi menguatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara berjiran itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kedua-dua negara turut menzahirkan minat untuk bekerjasama dalam isu-isu berkaitan perisikan keselamatan dan ajaran sesat, selain mengadakan dialog antara agama dan etnik.

“Kita warga serumpun dan kita juga merupakan negara yang sama pada suatu ketika dulu. Kita boleh bekerjasama untuk mengadakan dialog antara agama dan etnik. Kita tidak mahu mana-mana pihak yang terlalu ekstrem dan radikal di Malaysia.

“Apa yang kita perlukan adalah tolak ansur. Aset negara terbesar yang perlu kita lindungi adalah keharmonian yang dikecapi.

“Kebanyakan rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan kita dalam menukar kerajaan dengan begitu aman. Keamanan ini yang perlu kita lindungi,” kata Dr Wan Azizah dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean ke atas Dr Wan Azizah di pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini, Selasa lepas.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata fokus seharusnya diberikan kepada warga belia kerana mereka adalah penentu masa hadapan negara.

Sementara itu, Teo, dalam kenyataan yang sama berkata agenda Singapura adalah untuk melanjutkan kerjasama dengan Malaysia dan meneruskan peluang pertukaran antara rakyat kedua-dua negara.

“Ibu saya dilahirkan di Melaka, manakala isteri saya pula berasal dari Perak. Saya mempunyai ramai saudara-mara di Malaysia dan saya sering mengunjungi mereka sewaktu kecil. Kami memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan Pakatan Harapan dan kami mengharapkan yang terbaik untuk kerajaan yang baru ini.

“Kami ingin berkerjasama dengan kerajaan baru ini untuk membantu memenuhi aspirasi kerajaan,” katanya.

Mengulas hal penangguhan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Teo berkata Singapura memahami bahawa Malaysia memerlukan sedikit masa untuk mempertimbangkan perkara itu.


“Kami faham Malaysia memerlukan sedikit masa untuk memikirkan perkara ini dan kita telah berjaya mencapai kata sepakat di mana kepentingan kedua-dua pihak dijaga. Ini adalah hasil positif yang lahir daripada isu yang besar berkemungkinan dapat menjadi duri dalam daging dalam hubungan antara kedua-dua negara ini.

“Kata sepakat yang telah dicapai membuktikan kematangan hubungan kedua-dua negara dan menunjukkan bahawa kita mampu bekerjasama dengan baik. Hasrat kami adalah untuk maju kehadapan dan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara,” kata Teo.

Timbalan Perdana Menteri Singapura turut mengambil kesempatan semasa kunjungan hormat itu untuk menjemput Dr Wan Azizah ke Singapura dan berkata: “Singapura ingin menjemput Dato’ Seri untuk berkunjung ke Singapura pada bila-bila masa sahaja. Jangan malu untuk turut menganggap Singapura sebagai rumah sendiri.

Menyambut jemputan itu, Dr Wan Azizah berkata: “Saya amat berbesar hati atas jemputan ini dan akan mengunjungi Singapura sebaik sahaja saya berkesempatan.” — LAGI

Pada tahun 2017, perdagangan antara Malaysia dan Singapura berjumlah RM228.31 bilion, yang menunjukkan peningkatan 19.2 peratus dari tahun sebelumnya.

Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia, mewakili 19.4 peratus daripada perdagangan keseluruhan Malaysia manakala Malaysia merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Singapura dengan perdagangan dua hala yang berjumlah RM160.4 bilion.

Singapura juga merupakan destinasi eksport terbesar Malaysia (RM135.59 bilion) dan sumber import kedua terbesar (RM92.72 bilion) pada tahun 2017. Perdagangan dua hala ini berpihak kepada Malaysia pada tahun 2017 yang menyaksikan lebihan sebanyak RM42.87 bilion.

Antara import dan eksport terbesar bersama Singapura termasuk produk elektrikal dan elektronik, produk petroliam, jentera, perlengkapan dan peralatan, produk logam dan kimia serta produk berbahan kimia. – BERNAMA

Kategori