Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tiba Di New...

NEW YORK – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini Selasa...

Suruhanjaya Siasatan Diraja Kaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja mengenai dakwaan salah...

Nelayan Dibebaskan Ucap Terima...

BANTING – Low Siang Huat, nelayan Malaysia yang dibebaskan pihak berkuasa Indonesia semalam...

Bosan Dengan Lelaki, Wanita...

DEMI menyelamatkan alam semula jadi, sekumpulan wanita di Mexico dilaporkan sanggup mengahwini pokok! Lapor...

Majlis Belia Malaysia Puji Indeks Syariah Malaysia

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan Indeks Syariah Malaysia (ISM) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Mu’ammar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, ISM menandakan kesungguhan kerajaan untuk mendaulatkan agama Islam di Malaysia.

“ISM memastikan segala urusan dan hal-ehwal yang berkaitan ditadbir dan dijalankan menurut kehendak tujuan umum kehadiran syariah atau Maqasid Syariah iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

“Ia kelihatan untuk manfaat umat Islam namun merangkumi kebaikan dan kesejahteraan untuk semua kaum dan agama kerana Islam diturunkan adalah untuk manfaat dan kebaikan seluruh manusia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mu’ammar Ghadafi berkata, ISM akan menyumbang kepada pengukuhan sistem, budaya kerja dan profesionalisme kerajaan dan rakyat Malaysia selaras dengan Malaysia sebagai negara Islam contoh dan maju menjelang tahun 2020.


“Kemajuan Malaysia akan seiring dan sejalan dengan Syariah untuk menjadi negara yang baik dan dirahmati Allah. Tidak mustahil jika ISM berjaya diaplikasikan dengan baik, ia boleh diperluaskan ke negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang lain,” katanya.

Media semalam melaporkan Perdana Menteri melakar satu lagi sejarah negara apabila dengan rasminya melancarkan model ISM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Menurut Najib, ISM merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang menepati dua fungsi penting iaitu pertama, menilai keseriusan usaha kerajaan dalam menepati piawaian Islam berkaitan dasar dan program kerajaan.

Kedua, kata beliau, mengenal pasti ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi fokus oleh kerajaan supaya rakyat dapat menerima lebih banyak manfaat hasil daripada penerapan nilai-nilai sejagat dalam Islam. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Belia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori