Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tekanan Hidup, Pulas Kepala...

AKIBAT mahu bersama dengan lelaki lain dan kemurungan akibat kegagalan rumah tangganya, seorang...

Adik Kelar Leher Kakak...

KEJAM…seorang wanita telah bertindak kejam dengan membunuh kakak kandungnya sendiri dan turut memotong...

Polis Tumpaskan Kegiatan Proses,...

JOHOR BAHRU - Polis menumpaskan kegiatan memproses dan mengedar dadah di negeri ini...

Joko Widodo Selamat Tiba...

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa...

Mahkamah Tolak Anwar Cabar Pelaksanaan Akta MKN

KUALA LUMPUR – Dalam bahasa mudah, tidak perlu bersusah payah membuat perbicaraan kerana saman yang dikemukakan itu pun tiada asas merit untuk dibawa kepada pihak mahkamah.

Sekali lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima ‘tamparan pedih’ apabila permohonan beliau bagi menghalang pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 ditolak oleh Mahkamah Tinggi dalam kamar hakim.

Perkara tersebut diputuskan setelah Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan bantahan awal pihak kerajaan yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh, lapor beberapa portal berita tempatan.

Beliau yang kemudian ditemui para pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sini hari ini memberitahu bahawa keputusan berkenaan dibuat oleh hakim selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan pihaknya.

Dalam keputusan yang dibuat di kamar hakim, Hanipah berpendapat, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar saman pemula itu kerana ia melibatkan kompetensi pembuat dasar untuk membuat undang-undang.

“Hakim berpendapat bahawa mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar saman pemula itu kerana ia melibatkan kompetensi dalam kalangan pembuat dasar untuk membuat undang-undang,” kata Amarjeet.

Anwar yang sudah ketandusan isu diketengahkan sebelum ini mencabar mahu pelaksanaan Akta MKN 2016 ditangguhkan sementara konon undang-undang terbaharu itu sebagai tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.


Beliau tampil ke mahkamah berkenaan untuk membuat permohonan injunksi sementara terhadap pelaksanaan akta itu pada 12 September lalu yang mencetuskan sensasi apabila turut dihadiri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Musuh politik tersebut dilihat mengadakan pertemuan ringkas namun Mahathir mendakwa hanya mahu berdamai dengan Anwar, bukan memohon maaf atas kesalahan liwat yang pernah dilakukan oleh bekas timbalannya itu.

Prosiding berkenaan yang berlangsung di dalam kamar hakim tersebut turut dihadiri peguam propembangkang, N. Surendran dan Latheefa Koya yang bertindak bagi pihak Anwar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori