Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Lelaki Bakar...

IPOH - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kebakaran sebuah...

Kurus Tak Makan Setelah...

JELI - Selepas hilang enam hari, seorang lelaki yang menghidap masalah mental ditemui...

PCB Mudahkan Urusan Cukai...

Memasuki alam pekerjaan merupakan cabaran baharu dalam kehidupan seseorang. Memasuki alam pekerjaan bermaksud...

Rindu Lakonan, Tapi Diana...

SIAPA sangka dahulu dirinya pernah dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita tempatan yang...

Mahkamah: Utusan Melayu Perlu Bayar Ganti Rugi Kepada Kit Siang

PUTRAJAYA – Utusan Melayu (M) Berhad gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan syarikat itu membayar RM250,000 sebagai ganti rugi kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung artikel memfitnah.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Lim Yee Lan, secara sebulat suara, menolak rayuan Utusan Melayu dan juga memerintahkan syarikat itu membayar RM15,000 sebagai kos perundangan.

“Kami mendapati tiada merit dalam rayuan ini. Tiada kekhilafan yang boleh dirayu dalam keputusan oleh Mahkamah Tinggi,” kata Hakim Lim berhubung keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu membayar ganti rugi kepada Lim.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Varghese George Varughese dan Hakim Tan Sri Idrus Harun, sebelum itu mendengar hujahan peguam mewakili Utusan Melayu, M. Reza Hassan yang berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila hanya menumpukan pada perenggan tertentu dalam artikel itu apabila memutuskan artikel itu adalah memfitnah.

Beliau berkata artikel itu perlu dilihat secara keseluruhan dan mahkamah tidak boleh hanya melihat kepada perenggan tertentu dalam artikel itu.

Selepas mendengar hujahan Reza, Hakim Lim berkata mahkamah tidak perlu mendengar hujahan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim.


Pada 10 Dis tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Yeoh Wee Siam membuat keputusan berdasarkan kebarangkalian seimbang iaitu Lim telah berjaya membuktikan dakwaannya terhadap Utusan Melayu dan beliau memerintahkan syarikat itu membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim dan RM25,000 bagi kos prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi.

Dalam samannya, Lim, yang juga anggota Parlimen Gelang Patah, mendakwa Utusan Melayu telah memfitnahnya dalam artikel diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 18 Ogos, 2013, mengenai pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP.

Dalam pernyataan pembelaannya, Utusan Melayu menafikan memfitnah Lim dan mendakwa ia telah menjalankan amalan munasabah untuk mendapatkan dan mengesahkan maklumat yang terkandung di dalam artikel itu.

Reza memberitahu pemberita beliau akan mendapatkan arahan daripada anak guamnnya sama ada akan membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori