Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bot Tempatan Dibebaskan Hasil...

LUMUT - Sebuah bot nelayan tempatan yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Indonesia (APMI)...

Pembangunan Kuala Perlis Disambung...

ARAU - Projek mega pembangunan Kuala Perlis syarikat Kumpulan Tabung Haji Properties (THP)...

Wanita UMNO Minta Kaji...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO meminta pihak-pihak yang terlibat agar mengkaji semula...

Ketua Wanita PKR Guna...

KUALA LUMPUR - "Jia you jia gui, guo you guo fa," kata Ketua...

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Ke Atas Jamal Yunos

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana gagal hadir sebutan kesnya yang didakwa memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, tahun lepas.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin memutuskan perkara itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Amira Haziqah Zulkifli yang mewakili pihak pendakwaan.

“Tertuduh dah tahu tarikh sebutan hari ini dan hari itu pun tidak sempat nak sempurnakan proses jaminan. Peguam bela sampai sekarang masih belum dapat kesan tertuduh, jadi saya akan keluarkan waran tangkap,” katanya.

Mahkamah turut menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada 25 Mei lepas, Jamal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan SUK pada 5 Okt tahun lepas.

Prosiding kes tersebut dijalankan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur berikutan Jamal sedang dirawat di wad Premier hospital berkenaan bagi masalah sakit belakang, dan dia kemudian dilaporkan menghilangkan diri ketika Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam sedang menguruskan proses ikat jaminnya kira-kira 5.30 petang.

Susulan itu, Mahkamah Majistret Ampang pada 1 Jun lepas mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata Jamal dipercayai melarikan diri ke Indonesia menggunakan laluan tikus dan usaha mengesan lokasi sebenar beliau sedang giat dilaksanakan.

Terdahulu, dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Imran Tamrin yang mewakili Jamal memohon kepada mahkamah supaya menetapkan tarikh sebutan baharu kerana pihaknya sehingga kini masih gagal menghubungi Jamal serta mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya itu.


“Kami akan berusaha dapatkan anak guam kami supaya dia hadir ke mahkamah pada tarikh sebutan yang baharu,” katanya.

Amira Haziqah bagaimanapun memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal berikutan kegagalannya untuk hadir ke mahkamah hari ini selain memohon mahkamah membatalkan ikat jamin RM3,000 yang dibenarkan ke atasnya sebelum ini.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Imran berkata kali terakhir beliau bertemu dengan Jamal ialah ketika prosiding kes di hospital dan beliau hanya mengetahui perkembangan terkini anak guamnya itu menerusi pihak lain.

“Kenyataan media Datuk Seri (Jamal) yang dibuat menerusi rakaman video sebelum ini pun tidak dihantar kepada peguam dan kita hanya tahu mengenai perkembangan beliau sama ada di media sosial atau pihak ketiga. Kami keep in touch (berhubung) dengan anggota keluarga beliau dan mereka pun tidak tahu di mana Datuk Seri berada,” katanya.

Sehubungan itu, Imran memohon kepada Jamal supaya memberi kerjasama kepada pihak polis dan mahkamah dengan segera bagi menyelesaikan kes yang dihadapinya selain mengelakkan timbul implikasi lain termasuk dari segi perundangan. – BERNAMA

Kategori