Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemain WTA Gembira Dampingi...

KUALA LUMPUR - Empat pemain Persatuan Tenis Wanita (WTA) gembira kerana berpeluang mendampingi...

Malas Buat Kerja Rumah,...

BARU-BARU ini netizen digemparkan dengan berita mengenai seorang wanita yang mendakwa sanggup berkahwin...

Goyang ‘Ladyboy’ Siam Pusat...

Petaling Jaya - Sebuah pusat hiburan di PJS 8 di sini, menyajikan hiburan...

Kes Dera: Pemilik Taska,...

PUTRAJAYA - Pemilik taska di Presint 15 di sini dan dua bekas pekerja...

Mahfuz Omar Pertahan Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus mendapat sokongan pemimpin pembangkang yang mahukan beliau terus menduduki jawatan penting itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan UMNO Kedah mahu menukar Menteri Besar Kedah sangat biadap.

Kata beliau, UMNO Kedah menunjukkan keberanian tidak bertempat dan tidak kena pada masa apabila mendesak Mukhriz berundur.

“Rampasan kuasa dari kepimpinan Mukhriz tidak akan menyelesaikan masalah negara dan rakyat,” katanya.dalam nada kecewa menerusi satu kenyataan media hari ini.

Mynewshub.cc semalam melaporkan parti DAP berang dengan desakan UMNO Kedah supaya Mukhriz meletak jawatan Menteri Besar dan digantikan dengan individu yang lebih layak.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng dipetik berkata, UMNO Kedah tidak wajar meminta Mukhriz meletak jawatan kerana mendakwa beliau seorang yang tidak berdosa dan merupakan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

UMNO Kedah semalam mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.


Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar.

Seramai 14 Ketua UMNO Bahagian di kedah hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang menghantar Timbalan Ketua bahagian masing-masing sebagai wakil.

Mukhriz pada 8 November tahun lalu pernah menyatakan kesediaan mengundurkan diri daripada jawatannya itu.

Beliau waktu itu memberi jaminan akan memberi laluan kepada mana-mana pemimpin UMNO memegang jawatan tersebut selagi pengganti berkenaan mampu meyakinkan rakyat Kedah untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, Mukhriz dalam reaksi terbaru menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatan itu meskipun diminta berbuat demikian oleh seluruh pimpinan UMNO Kedah. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori