Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Trio Negara Raih Gangsa...

KUALA LUMPUR - Trio negara meraih pingat gangsa acara recurve berpasukan lelaki selepas...

Sistem Amaran Banjir Di...

KUALA LUMPUR - Penduduk di pantai timur akan dimaklumkan seminggu sebelum banjir melanda apabila Program Sistem Amaran Awal Banjir...

Menang Namun Dollah Akui...

KUANTAN - Kejayaan Pahang melangkah ke suku akhir Piala FA sememangnya melegakan jurulatihnya,...

Jemaah Diingat Tidak Bawa...

MADINAH - Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk tidak membawa jumlah tukaran wang riyal...

Mahfuz Omar Bantah Boikot Peniaga Cina

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar membantah saranan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan.

Beliau mendakwa, saranan itu tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Malah, katanya, seruan boikot tidak wajar ditujukan kepada peniaga kaum Cina kerana kerajaan yang salah dalam isu tersebut.
“Masalah harga barang yang tidak turun ini berpunca daripada kegagalan pihak kerajaan sendiri untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada. PAS menuntut kerajaan sendiri yang menunjukkan contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kawalan iaitu gula, tepung gandum, minyak masak dan gas memasak.

“Seiring dengan itu tarif elektrik dan tambang pengangkutan awam wajar diturunkan oleh pihak kerajaan kerana kos penjanaannya sudah turun,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mahfuz berkata, kerajaan perlu bertindak dengan lebih proaktif,agresif dan bersepadu dalam menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah.

kata beliau, peranan Majlis Penasihat Harga yang berfungsi untuk menasihati Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlulah diperkasakan lagi agar penilaian harga barang dapat dibuat mengikut keadaan semasa.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori