Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Kabinet Bincang Pendekatan Teruskan...

MILAN - Kabinet akan berbincang bentuk pendekatan yang sesuai untuk perunding negara meneruskan...

Undang-Undang Baharu Bakal Kawal...

JASIN - Undang-undang kawalan hasil tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan untuk dibentang...

Kontrak Pegawai Perubatan, Pergigian,...

KUALA LUMPUR - Kabinet bersetuju supaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi...

Tiada Tekanan Kerja, Jep...

PELAWAK Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Mohd Nadzi Zainal Abidim, 31, aku bahawa...

Mahfuz Gesa Jawatan Pengerusi MARA Digantung Sementara

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang meminta Tan Sri Annuar Musa digantung sementara daripada menjalankan tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia berikutan isu pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia oleh MARA.

“Amat wajar Pengerusi MARA itu digantung dari menjalankan tugas sementara menanti hasil siasatan yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz dalam pada itu mencadangkan supaya satu suruhanjaya diraja diwujudkan untuk menyiasat isu pembelian hartanah tersebut.


Dakwanya, suruhajaya diraja itu bagi membolehkan suatu siasatan yang menyeluruh, adil dan telus dapat dijalankan secara mendalam.

“Penjelasan yang diberikan oleh Annuar berhubung perkara ini tidak langsung membantu menjelaskan bagaimana MARA boleh membeli hartanah tersebut jauh 27 peratus lebih tinggi dari harga sebenar,” dakwanya.

Akhbar Australia “The Age” sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan dalam urusan pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne MARA yang telah dibeli melebih RM13.8 juta daripada harga sebenar. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori