Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Institusi Perbankan Turunkan Kadar...

KUALA LUMPUR - Maybank, Public Bank dan RHB Banking Group  mengumumkan penurunan kadar...

Sanggup Makan Ayam Goreng...

SAYAP ayam goreng biasanya tidak dianggap sebagai hidangan mewah, tetapi pengusaha restoran di...

Kanak-Kanak Lelaki Lemas Ketika...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mati lemas selepas mandi...

Keputusan Tepat Tarik Semula...

KUALA LUMPUR - Keputusan penarikan semula kelonggaran syarat berkaitan Bahasa Melayu untuk sebarang...

Mahdzir Selar Nurul Izzah Berhubung Isu RMT

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan hari ini menyelar kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang menyifatkan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah lemah, berikutan terdapat masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata setakat ini pihak kementerian tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu selain kementerian sentiasa memastikan kebajikan pelajar terutamanya daripada golongan miskin terbela.

“Guru-guru kelas juga peka kepada masalah pelajar, kalau pelajar mereka tidak makan, guru-guru akan tahu dan tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

“Pembangkang sepatutnya buat kajian berapa banyak sekolah yang dapat RMT ini… buatlah ‘sampling’ (persampelan) sekurang-kurangnya lima atau enam buah sekolah yang dikatakan miskin itu lepas itu baharu buat komen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Guru Pembina Negara Bangsa peringkat Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim.

RMT dilaksanakan untuk memberi makanan tambahan kepada pelajar sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.

Usaha itu untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi kehadiran dan akademik mereka selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).


Nurul Izzah dalam kenyataannya hari ini mengaitkan RMT dengan laporan kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) baru-baru ini, yang mendakwa kanak-kanak dari kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur mengalami masalah bantut dan kurus.

Susulan itu, anggota Parlimen Lembah Pantai itu meminta kementerian menambah baik RMT dan bertindak ke atas laporan berkenaan.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata menerusi program RMT, kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM250 juta untuk diagihkan kepada lebih 400,000 pelajar sekolah rendah di seluruh negara.

“Untuk pelajar miskin, mereka diberikan makanan RMT ini selama 190 hari setahun sepanjang sesi persekolahan dan setiap makanan yang disediakan itu juga mengikut prosedur telah ditetapkan.

“Pembangkang tolong jangan asyik tuding jari dan cari salah kerajaan, datang ke sekolah dahulu dan tengok sendiri,” katanya. – BERNAMA

Kategori