Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Haram Rakam...

JEDDAH - Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengharamkan semua guru, pegawai pentadbiran, ibu bapa...

Kamal Adli Nafi Bawa...

TAK habis-habis nama Kamal Adli dikaitkan dengan aktres Emma Maembong, malah dirinya pernah...

Wanita Ditipu RM4,950 Oleh...

MIRI - Seorang wanita di sini kerugian RM4,950 pada Isnin lepas apabila ditipu...

Sabah Akan Terus Pacu...

SEMPORNA - Kerajaan negeri Sabah akan terus memacu kepesatan sektor pelancongan budaya dengan...

Mahathir Sembunyi Fakta Demi Agenda Sendiri

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja menyembunyikan kebenaran tentang sesuatu perkara demi kepentingan politik peribadi, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pemimpin politik veteran itu juga sangat tidak bertanggungjawab kerana sanggup menidakkan usaha kerajaan dalam mengukuhkan ekonomi negara.

Katanya terbaru, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah melawat Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) dan dengan menunjukkan papan jalan ‘Jalan Qinzhou’ yang ditulis dalam Bahasa Cina, telah mendakwa bahawa tanah dan sumber negara telah dijual kepada China.

Liow berkata Dr Mahathir gagal memberitahu umum bahawa di Qinzhou, China, juga ada sebatang jalan yang akan dinamakan Jalan Kuantan.

“Ini semua dakyah yang cuba mengelirukan rakyat kerana dia tak tunjuk bahawa di Qinzhou Industrial Park, juga ada Jalan Kuantan,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan ‘MCA Belt and Road 2.0’ di Wisma MCA di sini, hari ini.

Katanya segala perancangan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan hanya untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan untuk negara dan tidak sama sekali mahu menggadaikan kedaulatan negara.


Liow yang juga Menteri Pengangkutan turut memberitahu bahawa Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Fadzilla Salleh juga dijadual melawat QIP pada 26 Februari ini untuk melancarkan Jalan Kuantan di sana, selain melihat sendiri perkembangan terbaru mengenai kawasan perindustrian tersebut.

“Adakah ini bermakna China sudah jual hak dan tanah mereka kepada Malaysia?” soal beliau.

Dilancarkan pada 2016, MCKIP dan Qinzhou Industrial Park merupakan kawasan perindustrian berkembar yang diwujudkan untuk merancakkan aktiviti pelaburan dan perusahaan kedua-dua negara, selain sebagai usaha dalam mengukuhkan hubungan dua hala. – BERNAMA

Kategori