Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Pukul Ibu Dan...

KEPALA BATAS – Seorang lelaki mengamuk dan memukul ibu serta adik lelakinya apabila...

Polis Johor Aktifkan Anggota...

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengaktifkan penugasan kawalan melibatkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah...

Kakitangan, Pesara Felda Bebas...

KUANTAN - Seorang kakitangan dan pesara Felda Technoplant Sdn Bhd (FTSB) menangis kegembiraan...

Abdullah Sani Mohon Maaf...

KLANG - Anggota Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini memohon...

MAH Cadang Mansuhkan Cukai Pelancongan

KUALA LUMPUR – Persatuan Hotel Malaysia (MAH) hari ini mengulangi saranannya agar cukai pelancongan dimansuhkan kerana ia menghalang kemajuan industri pelancongan.

Ketika mengemukakan cadangan itu kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), presidennya Cheah Swee Hee berkata cukai yang berkuat kuasa mulai 1 Sept tahun lepas itu, antara lain, tidak menggalakkan pelancong tinggal lama di negara ini.

“Jika kita kenakan kadar sama rata, kita bukan sahaja menggalakkan orang tinggal lebih lama kerana kita mengenakan caj mengikut setiap malam yang mereka menginap,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat dengan CEP di sini.

Pelaksanaan cukai pelancongan mewajibkan tetamu warga asing sesebuah hotel membayar yuran RM10 semalam bagi bilik penginapan masing-masing, tanpa mengira taraf hotel berkenaan.

Cheah juga meminta kerajaan persekutuan mewujudkan peraturan baharu tentang hotel tanpa memerlukan lesen seperti yang dipromosi melalui AirBNB bagi mewujudkan medan persaingan yang adil untuk semua pihak.

Sementara itu, ketua pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, yang turut menghadiri sesi taklimat itu antara lain berkata beliau telah menggariskan rancangan, jangkaan dan harapan Tourism Malaysia berhubung masa depan pelancongan di Malaysia kepada CEP.


Menjawab soalan pemberita tentang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lepas, Mirza berkata dalam kunjungan mereka, pegawai suruhanjaya itu mengambil beberapa dokumen dari pejabat Tourism Malaysia di Putrajaya.

Bagaimanapun, jelas beliau, Tourism Malaysia tidak dapat memberi maklumat tentang perkembangan terkini siasatan itu. – BERNAMA

 

Kategori