Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kalau Dah Dasar Keluarga...

Petikan: Page FB Viral-Posts DALAM laporan Sinar Harian pada 1 September lepas, seorang suami di Bukit...

S.Kumar Bebas Kembali Sarung...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki lelaki kebangsaan mendapat suntikan semangat menjelang temasya Sukan...

Sarjan Polis Direman 3...

SEREMBAN - Seorang sarjan polis ditahan reman tiga hari sehingga Isnin ini bagi...

UMNO Rasah Sumbang Beg...

NILAI — UMNO Bahagian Rasah hari ini menyumbangkan beg sekolah kepada 420 pelajar...

MaGIC Beroperasi Seperti Biasa – CEO

CYBERJAYA – Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) beroperasi seperti biasa meskipun laporan media yang menyatakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercadang untuk membubarkannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ashran Gazi berkata agensi itu telah memeriksa dengan Kementerian Kewangan dan dimaklumkan bahawa tiada sebarang perubahan.

“Malahan selepas 9 Mei, ia beroperasi seperti biasa dan tidak ada apa perubahan berkaitannya. Kami diberitahu untuk menjalankan program kami seperti biasa, dan itulah yang kami lakukan hari ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Program Pemecut Global MaGIC yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.

Ashran berkata agensi itu, yang memiliki 70 kakitangan, ketika ini terlibat dengan 900 syarikat pemula niaga tempatan dan tidak memerlukan geran tambahan daripada kerajaan untuk menjalankan programnya.

“Secara puratanya, peruntukan kami daripada kerajaan adalah sebanyak RM15 juta setahun dan sejak 2014 kira-kira RM197 juta telah dibelanjakan,” katanya. – BERNAMA

Kategori