Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Majlis Presiden PH Tentu...

ASHGABAT - Dr. Mahathir Mohamad menegaskan hanya Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang...

JAIM Cadang Beri Notis...

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang memberi notis kepada umat Islam di...

Lelaki Calit Air Maninya...

HEBOH sebelum ini apabila aksi seorang lelaki melancap di perhentian bas mendapat pelbagai...

Pakatan Baharu: DAP Tunjuk...

KUALA LUMPUR - DAP awal-awal memberi peringatan kepada parti-parti politik dan badan bukan...

Lim Kit Siang Puji Khalid Tak Gentar Ugutan Bunuh

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang memuji reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak gentar dengan ugutan meletupkan kenderaannya yang dibuat oleh kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi, baru-baru ini.

Tambah pemimpin DAP itu, ketenangan Khalid ketika berhadapan dengan ugutan tersebut wajar dijadikan contoh oleh semua penjawat awam.

Beberapa hari lalu, sebuah lagi video berdurasi 1 minit 27 saat dimuat naik dalam laman Youtube selepas video pertama disiarkan 16 Februari lalu.

[TERDAHULU: Saya Tak Gentar Dengan Ugutan – Khalid Abu Bakar]

khalid abu bakar

Dalam kenyataan salah seorang daripada ‘pengganas’, Ketua Polis Negara akan menjadi sasaran untuk dibunuh dan kenderaannya bakal diletupkan.

Malahan, Kit Siang turut menyokong langkah yang diambil pihak berkuasa bagi mengekang individu yang terlibat di sebalik penghasilan video-video tersebut.

Memetik kenyataannya seperti yang disiarkan The Rakyat Post, “Malaysia tidak memerlukan sebarang kegiatan seperti IS yang ganas dan kejam.”

ZAHID-HAMIDI


Dalam pada itu, Kit Siang turut senada dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kedudukan Ketua Polis Negara seharusnya dihormati sebagai sebuah institusi tanpa mengira individu yang menjawat jawatan tersebut.

Kewujudan kedua-dua video tersebut menggemparkan negara apabila ia memaparkan aksi beberapa individu bertopeng yang membuat pelbagai ugutan jenayah.

Malah, dua selebriti iaitu Nora Danish dan Jaafar Onn turut dilibatkan dalam rakaman berkenaan setelah foto mereka dipegang oleh penjenayah ketika membuat kenyataan.

– MYNEWSHUB.CC

Video Ugutan Jenayah Oleh Kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi

http://mynewshub.cc/2015/02/25/saya-tidak-gentar-dengan-ugutan-khalid-abu-bakar/

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori