Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Manipulasi Pulau Sebatik, Seludup...

TAWAU – Penglibatan warga tempatan yang memanipulasi kedudukan Pulau Sebatik dekat sini dipercayai...

Mayat Anggota Polis Terjatuh...

KUALA TERENGGANU – Mayat anggota polis yang terjatuh ke dalam Sungai Paka, Dungun,...

Terserah Kepada Polis Jika...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan kepada pihak...

Teroka Usaha Tingkatkan Perdagangan,...

SOCHI (Rusia) - Malaysia dan Rusia meneroka usaha untuk mengadakan jalinan perhubungan yang...

Lim Kit Siang Lupa Hentam Anwar Menteri Kewangan ‘Bodoh’

LUCU apabila baca kenyataan terbaharu pemimpin ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang semasa di majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga anaknya, Lim Guan Eng pada 9 Ogos lalu.

Ramai penulis blog politik tanah air menyindir ahli Parlimen Gelang Patah itu apabila mendakwa konon jika Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia, ekonomi negara pada masa ini tidaklah seteruk sekarang.

Kenyataan beliau itu menimbulkan seribu satu persoalan, adakah pemimpin seumur hidup DAP tersebut kini mengalami penyakit amnesia atau lupa ingatan kerana beliau sendiri pernah kutuk Anwar dalam isu ekonomi.

“Jika Anwar yang menjadi Perdana Menteri sekarang, negara tidak akan dilanda krisis politik, ekonomi dan kepimpinan seperti yang berlaku pada masa ini,” kata kenyataan Kit Siang dipetik portal tempatan AgendaDaily.

Untuk rekod pada 1993, ketika Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pernah menuduh Anwar sebagai seorang yang tidak berpengetahuan dalam bidang ekonomi, malah lebih bodoh daripada pelajar sekolah.

Ia berkaitan isu kerugian berbilion-bilion ringgit yang dialami Bank Negara Maaysia (BNM) ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dari 1991 sehingga 1998 iaitu tempoh semasa dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kemudian dipecat perdana menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dua hari selepas sambutan meriah Hari Kemerdekaan 1998 peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang.

Negarawan itu terpaksa berbuat demikian bagi menyelamatkan situasi buruk ekonomi negara apabila Anwar dikatakan terlalu mengikut ‘telunjuk’ rakan baiknya di Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tiada siapa lupa, ringgit pernah diniagakan pada kadar serendah RM4.88 bagi setiap sedollar Amerika Syarikat (AS) jauh lebih buruk daripada nilai sekarang hingga Dr. Mahathir melakukan kaedah tambatan mata wang.

Untuk memahami senario waktu itu, satu rencana ditulis Ahmad Lutfi Othman, Ketua Editor Harakah bertajuk “Kerugian BNM: Siapa Pula Kaki Judi?” memetik kata-kata Kit Siang sendiri di Parlimen pada 27 April 1993.

“Selaku Menteri Kewangan, Anwar mesti terima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing BNM. Rakyat berhak tahu sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing dialami BNM, berkenaan jumlah kerugian disebabkan pembendungan inflasi dalam menyerap ‘liquiditi’, penilaian semula pegangan mata wang asing, kenaikan nilai ringgit, kerugian hasil perniagaan dan spekulasi mata wang asing.”

Bayangan secara umum yang dibuat oleh Kit Siang menganggarkan kerugian oleh BNM boleh mencapai angka RM16 bilion malah ketika berceramah di Kuching, Sarawak pada 29 Mei 1993, beliau berkata:

“Jika seseorang itu menang loteri menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk dapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri itu setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut atau pun selama 22 tahun!”

Baca: Anwar Perlu Dibebaskan Untuk Selamatkan Malaysia! – DAP

Walaupun Anwar kemudian di Parlimen menafikan dakwaan bahawa BNM konon telah terlibat dalam aktiviti spekulasi di pasaran pertukaran mata wang asing antarabangsa, kenyataan itu masih ditolak lagi oleh Kit Siang.

Pada 1989, pernah dilaporkan BNM dikritik pegawai kewangan Barat kerana aktiviti spekulasi yen Jepun dan dollar AS semasa kumpulan tujuh negara maju cuba menstabilkan semula pasaran mata wang antarabangsa.

“Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan sokongan beliau kepada prinsip akauntabiliti, pertanggungjawaban dan transparensi pegawai-pegawai sektor awam. Dan ini adalah satu kes ujian sama ada beliau benar-benar berkepercayaan dalam prinsip-prinsp ini, dengan meminta Kabinet menubuhkan suatu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk siasat kerugian pertukaran asing BNM,” tegas Kit Siang.

Dalam jawapan balas, Anwar persoalkan jumlah itu dan dakwa Kit Siang kira dua kali. Mengenai soalan bahawa kenapa bila rugi dikatakan rugi atas kertas, tetapi bila untung, memang sebenarnya untung, Anwar berkata:

“Bila untung, untung itu dipulihkan sebagai ‘cash’ dipindahkan ke dalam negara, dibayar kepada kerajaan. Sebab itu untung ini ‘in cash terms’. Rugi yang disebut oleh Gabenor BNM sebagai ‘paper loss’ itu, rugi masih atas kemerosotan nilai yang masih dirizab.”

Anwar seterusnya beri contoh: “Umpama kalau YB Tanjong ada AS$1 juta, mungkin lebih, simpan di New York, rugi itu ‘in ringgit terms’, sebab nilai ringgit bertambah. Jadi, AS$1 juta masih kekal AS$1 juta, tetapi apabila ringgit merosot 8 atau 9 peratus, tengok tempohnya. Ini ‘basic economic’, saya hendak beri kuliah sedikit.“

Dalam jawapannya itu, Anwar sempat juga menyerang akhbar rasmi terbitan Pas iaitu Harakah: “Saya tahu, Harakah pun banyak isu, saya sekarang popular kerana front page headline, every week, every issue.

Namun jawapan panjang lebar Anwar itu ternyata memerangkap dirinya sendiri. Esoknya, tepat 3.38 petang, Kit Siang – setelah merakamkan penghargaan kepada jawapan Anwar – kemudian sindir berkata:

“Saya juga mesti mencatatkan kehampaan yang amat sangat dengan kenyataan Anwar yang bukan merupakan jawapan kepada ucapan saya. Kita boleh sebut ia sebagai jawapan ‘non-reply’.

“Yang Berhormat Menteri Kewangan bersungguh-sungguh cuba mengelakkan diri daripada memberi jawapan tepat sehingga habis keseluruhan tempoh 30 minit yang diperuntukkan untuk beliau.

“Kenyataan itu… hanya memperkukuhkan kesangsian bahawa pihak kerajaan memang ada banyak perkara yang terpaksa disembunyikan atau dengan izin ‘swept under the carpet’…

“Hakikat sebenarnya ialah Anwar telah membangkitkan lebih banyak soalan daripada menjawab.” Selanjutnya Kit Siang membidas gaya ucapan bersahaja Anwar di Dewan Rakyat yang nyata langsung tidak bersedia.

Anwar berlakon konon tidak membaca teks ucapan yang disediakan agar dapat memberi gambaran bahawa beliau membuat pembentangan dengan gaya spontan bagi mempamerkan kehebatannya dalam perkara tersebut.


“Tetapi malang sekali, terdapat kesilapan dalam perhubungan dengan pihak lain dan akibatnya ialah, pemberitaan panjang lebar kepada ucapan Yang Berhormat Menteri di Parlimen kelmarin sebagaimana tersiar dalam sebuah akhbar tempatan – yang ada disebut berkait rapat dengan beliau – amat berbeza dengan ucapan spontan disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang disampaikan di Dewan Rakyat”.

“Saya tidak ada bantahan jika Yang Berhormat Menteri ingin memberi ucapan spontan yang telah disediakan terlebih dahulu tetapi dengan syarat beliau pun dapat membuat pengubahsuaian berdasarkan apa yang telah saya katakan sebelum beliau tampil berucap.

“Malang sekali Yang Berhormat Menteri tidak dapat berbuat demikian dan inilah sebabnya beliau terpaksa membuat kenyataan andaian dan tuduhan yang tidak akan beliau lakukan jika beliau ikuti dan memahami ucapan saya terlebih dahulu.

“Misalnya, dalam ucapan Yang Berhormat Menteri, beliau ejek saya kerana minta butir-butir terperinci rizab BNM dalam berbagai mata wang asing dengan mengatakan bahawa ia bukanlah “skim kutu kampung” untuk diketahui umum. Sebenarnya saya tidak pernah minta butir terperinci komposisi rizab asing Bank Negara.

“Apa yang saya minta ialah butir-butir terperinci kerugian pertukaran asing. Saya berharap Yang Berhormat Menteri faham bahawa terdapat perbezaan di antara dua jenis butiran ini,” tambah Kit Siang.

Mengenai tuduhan liar Anwar bahawa konon beliau tersilap apabila menghitung dua kali mengenai jumlah kerugian ditanggung lain-lain rizab BNM sebanyak RM10.1 bilion, Kit Siang menjelaskan:

“Saya tidak dapat faham logik Yang Berhormat Menteri, saya akan berasa amat terkejut jika Gabenor BNM masih menegaskan bahawa lain-lain rizab tahun lalu ialah RM9.3 bilion dan bukan RM10.1 bilion.”

Seterusnya Kit Siang merumuskan: “Malah seorang murid sekolah pun dapat memerhati bahawa lain-lain rizab BNM memang telah mencatatkan kerugian sebanyak RM10.1 bilion.”

Kit Siang juga menolak hujah Anwar bahawa oleh kerana kedudukan ekonomi negara kukuh, maka kita tidak harus berasa khuatir akan nilai kerugian aibat aktiviti pertukaran mata wang asing dilakukan pihak BNM.

Mengulas suatu jawapan diberikan Anwar, Kit Siang berkata: “Imaginasi karut ini tidak boleh diterima langsung disebabkan ia adalah serupa dengan membuat perbandingan antara seekor ayam dengan seekor itik.

“Yang Berhormat Menteri tidak memahami bahawa rizab mata wang asing adalah disebabkan oleh imbangan bayaran yang positif akibat pertumbuhan ekonomi negara.

“Sedangkan kenaikan atau kejatuhan lain-lain rizab adalah bergantung kepada prestasi BNM. Kedua-dua ini memang tidak ada kaitan langsung.”

Ketua Pembangkang itu kemudian menasihatkan Anwar agar mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi antarabangsa terus daripada Setiausaha Parlimen ataupun Timbalan Menteri Kewangan sendiri:

“Tetapi Setiausaha Parlimen (Kementerian Kewangan) yang merupakan seorang ahli ekonomi yang terlatih dan sila rujuklah kepada rencananya disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 24 April 1993.

“Beliau menghuraikan tepat bahawa tambahan dalam rizab bergantung kepada sama ada kita ada pertimbangan bayaran yang positif bergantung kepada pertumbuhan ekonomi.”

Anwar yang tidak pernah terlatih dalam bidang ekonomi tentunya mendapat banyak pengajaran yang bermakna dalam penjelasan isu kerugian tersebut di Dewan Rakyat, apatah lagi bila Kit Siang menegaskan:

“Adakah amat mengejutkan Yang Berhormat Menteri nampaknya tidak memahami ekonomi antarabangsa yang asas ini sehingga saya bimbang bahawa Yang Berhormat Menteri sedang teraba-raba dalam kegelapan.

“Malaysia memang mujur kerana tiada bencana kewangan besar berlaku sehingga kini. Yang Berhormat Menteri patut berhenti mengelirukan orang ramai dengan kata kerugian rizab-rizab lain sebanyak RM10.1 bilion oleh BNM tidak penting disebabkan boleh dioffset oleh lebihan sebanyak RM16.5 bilion dalam rizab asing.”

“Ingin saya cadangkan, demi kepentingan negara, agar beliau menukar penasihat ekonominya. Saya juga berharap Yang Berhormat Menteri akan beri penjelasan awam yang penuh dengan rujuk semua perkara teknikal dibangkitkan secara bertanggungjawab dan janganlah ghairah berpolemik politik,” tegas Kit Siang mengakhiri hujahnya.

Datuk Seri Ahmad Shabery Chik, bekas pensyarah ekonomi Universiti Malaya yang ketika itu Setiausaha Politik Tengku Razaleigh Hamzah turut menyalahkan ketidakcekapan Anwar sebagai Menteri Kewangan sebagai punca kerugian BNM.

“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata.

“Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak cakap tentang Islam boleh restui permainan spekulasi seperti ini. Walhal secara jelas ia perjudikan wang rakyat begitu banyak,” jelas Ahmad Shabery.

Ironi hari ini, Kit Siang langsung berubah wajah seperti terlupa bagaimana beliau pernah menggelar Anwar sebagai jahil ekonomi tetapi kini sanggup ‘memuja’ habis bekas Menteri Kewangan era Dr. Mahathir itu.

Penulis blog Tranungkite.Net menghuraikan cerita zaman itu dengan memetik buku PAS Zaman Anwar: Memo untuk Bakal PM, tulisan Ahmad Lutfi Othman pada 1993 lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori